Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Pemeteraian CSA antara Kerajaan MADANI, Bersatu dan Ahli Parlimen Bebas dilihat memperkukuh kestabilan politik negara serta menyokong pelaksanaan Belanjawan 2027, reformasi institusi dan agenda pembangunan ekonomi.
Transcript
00:00Pemeterayan Perjanjian Kepercayaan dan Pembekalan CSA antara kerajaan pepaduan dengan parti bersatu serta Ahli Parlimen Bebas pada Khamis menjadi langkah
00:09signifikan dalam memperkukuh kestabilan politik dan memastikan kesinambungan pentadbiran negara.
00:14Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa menerusi hantaran di Facebook memberitahu kesepakatan itu turut memberikan keyakinan bahawa agenda
00:23pembangunan ekonomi, pelaksanaan belanjawan 2027 dan reformasi institusi dapat diteruskan dengan lebih teratur.
00:33Jelasnya dalam keadaan ekonomi global yang semakin mencabar, kestabilan politik dan kepastian dasar antara asas penting untuk mengekalkan keyakinan pelabur
00:40serta menjamin kesejahteraan rakyat.
00:42Dr. Zaliha yang juga pengurusi Kelab Penyokong Kerajaan Madani BBC berharap, langkah itu membolehkan seluruh Ahli Parlimen memberi tumpuan kepada
00:49tanggungjawab masing-masing termasuk memastikan dasar dan peruntukan yang diluluskan benar-benar membawa manfaat kepada rakyat.
00:55Beliau berkata, kestabilan politik bukan sekadar soal siapa yang memerintah tetapi sejauh mana negara dapat terus melangkah kehadapan tanpa kemajuan
01:02ekonomi terjejas akibat percaturan kuasa.
01:04Pada Kamis, Kerajaan Madani menandatangani CSA dengan enam anggota Parlimen Bersatu yang diketuai Presiden Parti Tan Sri Muhyiddin Yassin serta
01:13tujuh yang lain termasuk anggota Parlimen Mua, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Recommended