00:00Kerajaan meluluskan cadangan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti AUKU 1971 bagi menghapuskan sekatan kebebasan bersuara serta berpersatuan mahasiswa di
00:12kampus.
00:13Rang undang-undang pindaan itu dijadual dibentangkan di Parlimen seawal Disember ini sebelum keseluruhan Akta Legasi Berkenaan digantikan dengan Undang
00:22-Undang Baharu menjelang tahun hadapan.
00:27Menurut Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadil, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri bagi membolehkan semakan segera terhadap
00:37sekatan berpersatuan anak muda dilaksanakan sebelum tahun ini berakhir.
00:42Beliau berkata langkah fasa pertama ini memberi tumpuan khusus untuk melupuskan peruntukan Seksyen Lapok yang selama ini menyekat keterlibatan sivik
00:51dan kepimpinan anak muda di Menara Gadek.
00:54Jemaah Menteri hari ini telah meluluskan cadangan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi untuk melaksana dua perkara iaitu
01:05pertama meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti ataupun AUKU khususnya peruntukan Seksyen-Seksyen yang dilihat sebagai mengekang kebebasan mahasiswa untuk
01:17bersuara ataupun berpersatuan.
01:20Dan kedua, untuk membangunkan satu Akta yang baru untuk menggantikan sepenuhnya AUKU dalam tempoh yang munasabah.
01:29Bagi fasa kedua, Kerajaan Komitet memansuhkan kerangka AUKU secara menyeluruh menerusi pengenalan Akta Pengganti Baru yang dijangka dibentangkan pada tahun
01:40hadapan.
01:40Menurut Fahmi, tempoh peralihan itu diperlukan bagi membolehkan KPT memperincikan aspek pendaftaran serta tatbik urus universiti secara lebih modern dan
01:51holistik.
01:52Langkah ini sekaligus menerjemahkan iltizam reformasi institusi kerajaan dalam memartabatkan autonomi kampus dalam mematangkan amalan demokrasi mahasiswa.
02:02Terima kasih telah menonton!