Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Hasil perkahwinan campur antara melayu dan india memberi kelebihan bagi sulaiha abdullah, 27 tahun.

Setiap kali deepavali, memberi peluang kepadanya untuk menyediakan resipi turun temurun yang turut menjadi sumber pendapatan keluarga.

Category

🗞
News
Transcript
00:02Sambutan di Bavali bakal tiba dan pelbagai persiapan mula dilakukan masyarakat India
00:07selain menghias dan mengindahkan rumah, kuih dan manisan pastinya disediakan sebagai pelengkap berayaan.
00:30Hasil perkahwinan campur antara Melayu dan India memberi kelebihan bagi Sulaiha Abdul Wah 27 tahun.
00:37Setiap kali di Bavali, memberi peluang kepadanya untuk menyediakan resepi turun-temurun yang turut menjadi sumber pendapatan keluarga.
00:46Sejak kecil, Sulaiha sudah mula diledahkan kepada pelbagai manisan tradisional hasil resepi daripada ibunya yang berketurunan India.
00:55Pada waktu itu juga, mak saya yang bagi modal untuk buat produk ini.
01:02Sebab waktu itu kan saya baru berhenti kerja, so kewangan tak berapa nak ada.
01:06Jadi mak saya belikan bahan-bahan, dia datang rumah, dia ajar macam mana nak masak coconut candy.
01:12Sehari je selepas mak saya ajar, saya terus start jual.
01:16Apa yang bermula sekadar juadah untuk keluarga dan rakan-rakan, kini berkembang menjadi perniagaan yang diusahakan anak mereka.
01:34Melihat kepada sambutan yang diberikan, Sulaiha mula mengambil inisiatif membuka perniagaan menjual kuih serta manisan tradisional India.
01:43Antara yang dijual adalah ladu, ras malai, ulap jamun, palkova dan coconut candy.
01:52Kenapa saya tiba-tiba terdetik untuk nak menjual manisan dan kuih tradisional indian ni?
01:58Sebenarnya not in plan pun sebenarnya.
02:00Waktu itu saya baru berhenti kerja.
02:02Lepas itu, tak tahu nak buat apa.
02:05Suami saya kata, buatlah sesuatu.
02:08Takkanlah duduk rumah sahaja.
02:10Bukan bermaksud duduk rumah sahaja tu, macam tak ada apa-apa ilmu yang boleh ditambah.
02:14Sebab itu saya mula berniaga and then pada waktu yang sama, saya mengambil keputusan untuk sambung belajar juga.
02:31Diilhamkan dengan kehidupan dua budaya, Sulaiha kini berkongsi juadah tradisi keluarganya melalui jualan secara dalam talian.
02:39Saya mula berniaga pada tahun 2021 tu, tak ada siapa-siapa yang betul-betul serius dalam media sosial.
02:47Saya menggunakan platform TikTok paling utama dekat situ yang betul-betul serius jual manisan yang saya buat ni.
02:55Seperti coconut candy adalah manisan pertama yang saya keluarkan untuk jual.
02:59So buat masa ni, saya gunakan semua media sosial untuk jual sebab saya fokuskan online.
03:04So tak kisah TikTok, Instagram, Facebook dan WhatsApp.
03:08So trads pun sekarang sangat tengah viral, so dekat situ pun saya ambil audio juga.
03:12So semua platform saya gunakan dengan sebaik mungkin lah.
03:22Keunikan perniagaan itu turut terletak pada latar belakang keluarga yang terdiri daripada dua budaya berbeza.
03:28Perkahwinan campur India dan Melayu bukan sahaja menyatukan sebuah keluarga, malah membolehkan warisan resepi tradisional terus diwariskan kepada generasi seterusnya.
03:40Kehidupan membesar dalam dua budaya sebenarnya sangat seronok, happy sebab boleh belajar dua budaya daripada kecil.
03:51Macam perayaan, kita sambut di Pabali dengan raya ni kan, keluarga kami tak sambut di Pabali.
03:57Tapi kita akan pergi meraihkan dekat rumah keluarga lah, adik kepada mak saya.
04:03Lepas tu pergilah ziarah rumah sedara mara macam tu.
04:09Sesuai dengan penyatuan dua budaya itu, pelanggan Suhaillah juga terdiri daripada pelbagai kaum
04:14yang tidak melepaskan peluang untuk menikmati manisan tradisionalnya.
04:20Ia sekaligus membuktikan makanan mampu menjadi medium yang menyatukan masyarakat tanpa menira latar belakang.
04:27Saya memang ada customer China, ada seorang customer China.
04:30Sebenarnya tuan kedai ni kan saya sebo ni pun tuan kedai tu China.
04:36Lepas tu waktu mula-mula saya start berniaga, masuk je kedai ni.
04:40Sebelah kedai saya kan semua China.
04:42So mereka semua datang masak apa ni wanginya satu kedai.
04:45sebab kira masak coconut candy ni, memang satu kedai ni wangi.
04:48Sampai ke kedai yang mereka pergi, so mereka datang.
04:51Bila mereka datang, approach kita, bagilah mereka rasa taste apa semua, mereka beli.
04:55Memang ada customer China, Melayu, India, even lain macam single, Iban, Kadazan pun ada.
05:04Mungkin, bagi setengah orang, ia hanyalah sepotong manisan di meja sebagai hidangan semasa dipah balik.
05:11Namun, bagi keluarga ini, setiap manisan yang dihasilkan membawa seribu makna.
05:17Ia adalah warisan, kenangan dan lambang kasih sayang yang menyatukan dua budaya dalam satu keluarga.
05:24Zaman saya kecil-kecil, ini candy. Masa dibah balik, masa tai pusum.
05:30Kalau jadi, hari raya buat, hari raya pula. Hari jadi buat, orang India buat hari jadi, mesti ada candy semua.
05:36Lain masa lain, memang tak ada orang makan.
05:38Sekarang anak saya buat, ramai orang makan, saya pun suka lah kan.
05:43Sebab dibah balik, hari jadi, tai pusum.
05:46Itu tiga masa juga orang India makan ni buat, dekat rumah India ada ni buat.
05:50Sekarang, Alhamdulillah, hari-hari juga orang makan, saya tengok.
05:58Menjelang pesta cahaya yang bakal tiba, mereka berharap,
06:02legasi ini terus mekar, semanis rasa yang dirimati bagi setiap pelanggan.
06:12Terima kasih telah menonton!
06:14Terima kasih telah menonton!

Recommended