00:00Mayat diletakkan betul-betul di sebelah kami.
00:04Itu antara detik tragis yang masih menghantui Sebastian Herrero,
00:08mangsa terselamat dalam nahas pertembungan dua kereta api berkelajuan tinggi di Sepanyol
00:13yang mengorbankan 69 nyawa pada Rabu lalu.
00:16Herrero berkata kejadian bermula kira-kira jam 8.40 pagi
00:21ketika kereta api kendalian Irio yang dinaikinya dari Madrid menuju Seville
00:26berhenti di landasan.
00:31Selepas kira-kira 15 minit, kereta api itu tiba-tiba dirempuh
00:35sebuah lagi kereta api kendalian syarikat milik kerajaan Renfei
00:39menyebabkan penumpang tercampak dari tempat duduk masing-masing.
00:43Beliau yang berada di gerabak ketujuh berhampiran bahagian depan kereta api
00:48terus tercampak sehingga mukanya terhantuk pada tempat duduk hadapan.
00:54Selepas menyelamatkan diri dengan menuruni cerun bersama beberapa penumpang lain,
00:59Herrero menyaksikan sendiri kemusnahan di lokasi kejadian.
01:03Pada panorama desolador, berkata adalah
01:05vagons yang kancen, mereka akan terpaksa, kemudian berbentuk,
01:09terus terbuka.
01:09Dan kemudian dengan pekaknya terbuka.
01:12Kerana kemudian berjalan keluar dari orang-orang yang terlalu
01:15dan orang yang memulai kerajaan tersebut,
01:18mereka akan mencari keras kerana mereka berada di sana.
01:21Ini memukulkan desolador.
01:24Mengimbas pengalaman itu, Herero menyifatkan dirinya seolah-olah diberi peluang untuk hidup sekali lagi.
01:31Katanya pihak yang bertanggungjawab perlu tampil memberikan penjelasan dan memastikan tragedi seumpama itu tidak berulang.
01:59Susulan insiden kerajaan Spanyol menyatakan komitmennya untuk menguruskan tragedi berkenaan.
02:06Perdana Menteri Pedro Sanchez berkata langkah itu merangkumi pemberian pampasan kepada keluarga mangsa.