00:00Iran menegaskan hasil rundingan melalui pengantara Qatar bergantung pada maklum balas Amerika Syarikat terhadap persoalan yang dikemukakan Tehran.
00:08Menteri Luar Iran, Syed Abbas Araqci berkata, delegasi negara itu berada di Qatar untuk meneruskan perbincangan dengan pihak pengantara.
00:17Menurutnya, rundingan dua hari itu masih berlangsung dan belum mencapai keputusan buktamat.
00:22Beliau berharap Washington memilih pendekatan diplomasi.
00:25Seorang pegawai yang diberi taklimat mengenai rundingan memaklumkan Qatar terus berhubung dengan White House dalam usaha mencapai persetujuan bagi mengelakkan
00:34konflik baru selepas pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat.
00:38Syed Abbas berkata Tehran akan menentukan sama ada rundingan dilakukan secara langsung atau tidak langsung selepas Washington menerima syarat Iran.
00:47Antara syarat itu ialah pengiktirafan laluan perkapalan baru di Selahormus yang diusahakan bersama Oman serta penutupan laluan lain.
00:54Iran terus menuntut penarikan sekatan yang dikenakan selepas Memorandum Persefahaman Islamabad, pengurangan kehadiran tentera Amerika Syarikat dirantau itu dan pemulihan
01:03pengecualian sekatan bagi eksport minyaknya.
01:06Tuntutan lain merangkumi pembebasan semua dana Iran yang dibekukan serta penamatan permusuhan di semua medan termasuk Lubnan.
01:14Syed Abbas berkata cadangan mengenai program nuklear Iran sedang diteliti manakala usaha membuka ruang dialog menerusi surat naik Presiden Amerika
01:23Syarikat Jerry Vance disifatkan sebagai langkah positif.
Comments