00:00Sebuah kapal tangki minyak dilaporkan terbakar selepas terkena periuk api laut di kawasan timur Selahormus.
00:06Dalam satu kenyataan, pihak tentera laut Iran berkata kapal tersebut memasuki kawasan yang dianggap larangan dan berisiko tanpa mengaktifkan sistem
00:13navigasinya.
00:15Menurutnya, kejadian berlaku di kawasan yang disifatkan sebagai tidak selamat untuk pelayaran tanpa penyelarasan dengan pihak berkuasa berkaitan.
00:22Tentera laut Iran terut mengingatkan pemilik kapal agar tidak memasuki laluan terhad atau mematikan sistem pengenalan kapal ketika belayar.
00:30Katanya, tindakan berkenaan boleh meningkatkan risiko insiden termasuk terkena periuk api laut dan kebakaran.
00:36Bagaimanapun, pihak berkuasa Iran tidak mendedahkan identiti kapal terlibat atau memberikan maklumat mengenai anak kapal, angka kematian maupun tahap kerosakan
00:44yang dialami.
00:45Insiden itu berlaku di tengah-tengah ketegangan keselamatan maritim yang terus meningkat di Silahormus, salah satu laluan penghantaran tenaga terpenting
00:52dunia.