Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Kaedah pengundian pandu lalu yang diperkenalkan ketika pandemik COVID-19 terus mendapat sambutan di Iowa apabila pengundi memilih cara lebih mudah dan cepat untuk membuang undi menjelang pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kaedah pengundian pandu lalu yang diperkenalkan ketika pandemik COVID-19 terus mendapat sambutan di negeri Iowa menjelang pilihan raya pertengahan
00:08penggal Amerika Syarikat.
00:10Di Iowa City, pengundian menunaikan tanggungjawab membuang undi tanpa perlu meninggalkan kenderaan masing-masing menerusi kemudahan pengundian awal yang disediakan
00:18pihak berkuasa tempatan.
00:21Juru audit daerah Johnson, Julie Persons berkata kemudahan tersebut membantu mengurangkan kesesakan selain menjadikan proses pengundian lebih cepat dan selesa.
00:49Menurut beberapa pengundi, walaupun keadaan agak sibuk pada hari berkenaan, proses pengundian masih berjalan lancar dan cepat.
00:58Bagi seorang lagi pengundi Patrick McManus, pengalaman menggunakan kaedah pandu lalu merupakan kali pertama baginya.
01:05Katanya kaedah itu memudahkan untuk mengundi lebih awal selain mengelakkan gangguan kempen politik yang semakin rancak menjelang hari pengundian.
01:12Pilihan raya kali ini turut menjadi perhatian apabila Republikan berdepan cabaran yang lebih sengit di Iowa berikutan beberapa isu nasional
01:20termasuk dasar tarif dan konflik luar negara.
01:23Persaingan bagi kerusi Senat turut menjadi tumpuan selepas penyandang Republikan Johnny Ernst memutuskan untuk tidak bertanding semula.
01:31Kerusi berkenaan kini direbut calon Republikan Ashley Hinson dan calon Demokrat Josh Turik.

Recommended