00:00Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan sekutunya terus mempertikaikan keputusan pilihan raya terkini selepas gagal mengekalkan majoriti di Parlimen.
00:08Menurut media antarabangsa, sejak keputusan pilihan raya diumumkan, Netanyahu mendakwa undian tersebut dipengaruhi oleh rasuah, pembiayaan asing dan penipuan yang
00:18didakwa melibatkan parti-parti Arab.
00:22Bagaimanapun sehingga kini pihaknya masih belum mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong dakwaan tersebut.
00:28Netanyahu dan penyokong kanan sayap kanan turut menuntut siasatan menyeluruh dilaksanakan.
00:34Malah ada yang mergesa supaya keputusan pilihan raya dibatalkan dan pengundian baru diadakan.
00:39Cabaran utama buat Netanyahu ialah kegagalan gabungan pimpinannya untuk mencapai majoriti 61 kerusi dalam Parlimen yang mempunyai 120 kerusi.
00:49Gabungan yang menyokong Netanyahu kini memiliki 53 kerusi, manakala blok yang dipimpin Gadig Ezenkot mempunyai 48 kerusi.
00:57Namun dengan sokongan parti-parti Arab yang menguasai 19 kerusi, blok pembangkang berpotensi mempunyai majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.
01:06Situasi itu dijangka mencetuskan tempoh ketidaktentuan politik selama beberapa minggu atau mungkin berbulan-bulan di Israel.
01:14Walau bagaimanapun, jawatan kuasa pilihan raya pusat Israel menolak dawaan wujudnya penipuan secara meluas dan menegaskan tiada bukti yang menunjukkan
01:22proses pengundian telah dikompromi.
01:25Malah ketua jawatan kuasa tersebut terus memberi jaminan bahawa keputusan yang dibuat oleh pengundi akan terus dihormati.
01:34Terima kasih telah menonton!
Comments