00:00Setiap kali pilihan raya, tenaga anak muda diperlukan untuk memasang bendera, mengedari salah dan menggerakkan kempen.
00:07Namun, apabila mahu menjadi calon, kemampuan mereka pula dipersoalkan.
00:14Pemangku pengurusi majlis pimpinan negeri PKR Melaka, Adam Adli mengifatkan keadaan itu sebagai percanggahan dalam budaya politik yang perlu diubah.
00:44Beliau mengakui calon muda sering berdepan stigma kurang pengalaman namun berpandangan mereka perlu diberi ruang untuk membina kemampuan kepimpinan.
00:53Kalau tidak kita mulakan sekarang, maka kita tak mampu untuk bangunkan pengalaman yang lebih lengkap bagi golongan ini.
00:59Dalam 5 tahun, 10 tahun akan datang, mereka kita harapkan boleh kumpul pengalaman start pada sekarang.
01:06Bagaimanapun, beliau mengingatkan penampilan calon muda bukan jaminan untuk meraih sokongan pengundi daripada generasi sama.
01:12Sebaliknya, mereka perlu meyakinkan pengundi pelbagai peringkat usia dengan membuktikan kebolehan dan kesediaan memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
01:20Beliau berkata demikian pada Sina Media Pelancaran Manifesto Aspirasi Melaka Rumah Kita di Air Keroh pada Selasa.