00:00Tentera Thailand merampas 107.5 kg dadah jenis syabu selepas terlibat dalam insiden berbalas tembakan dengan sekumpulan individu disyaki penyeludup
00:10dadah berhampiran sempadan Thailand Myanmar pada selasa.
00:14Komander Pasukan Petugas TAP Chow Thak, Kolonel Supan Royput berkata, kejadian berlaku di sebuah kawasan sawah padi di Chiang Rai,
00:22utara Thailand ketika anggota Pasukan Petugas TAP Chow Thak menjalankan rondaan bagi mengesan kegiatan penyeludupan dadah rentas sempadan.
00:30Pemeriksaan di lokasi menemukan lima guni berbalut plastik hitam yang mengandungi syabu dengan setiap guni seberat kira-kira 21.5
00:39kg.
00:40Jelasnya ketika anggota tentera menghampiri kumpulan itu untuk pemeriksaan, suspek didakwa melepaskan tembakan sehingga mencetuskan pertempuran selama sekitar lima minit.
00:48Bagaimanapun kumpulan itu sempat melarikan diri menggunakan laluan sekitar kawasan itu, kesemua bahan terlarang itu kemudian diserahkan kepada Balai Polis
00:57Koh Chang untuk tindakan lanjut.