00:00Persaingan di Dun Duyong kali ini mempertemukan dua calon yang masing-masing membawa pengalaman dan pendekatan tersendiri dalam mendekati pengundi.
00:09Penyandang calon Barisan Nasional Dato' Muhammad Nur Hilmi Abdul Halim mempertaruhkan rekod perkhidmatannya,
00:16manakala calon Pakatan Harapan Pulung Suan mahu mengetengahkan isu setempat yang masih memerlukan perhatian.
00:23Selepas hampir lima tahun mewakili penduduk Duyong, Hilmi kini berdepan cabaran mempertahankan mandat.
00:30dalam persaingan pilihan raya kali ini.
00:32Baginya rekod hikmat kepada masyarakat menjadi antara perkara yang mahu diketengahkan.
00:36Namun beliau tidak memandang mudah pencabar daripada DAP.
00:41Saya tak pernah ambil mudah. Tambahan pula DAP adalah parti yang penuh pengalaman.
00:46Kemudian pula di peringkat federal, dia merupakan sebagian daripada kerajaan.
00:51Pasti ada akses kepada keperlbagaian.
00:55Tambahan pula calon yang ditawarkan adalah bekas alimah jelis.
00:58Saya tak pasti berapa lama.
01:00Tetapi bila dia di alimah jelis, sikit sebanyak ada pengalaman dalam pentadbiran.
01:05Pencabarnya, calon Pakatan Harapan daripada DAP, Pulung Suan, yang pernah berkhidmat sebagai alimah jelis.
01:11Berbekalkan pengalaman itu, beliau mahu memberi tumpuan kepada masalah harian penduduk.
01:15Termasuk keperluan bantuan dan penambahbaikan infrastruktur.
01:20Bagi isu di Dun Duyung di sini, selepas kami melawat penduduk-penduduk di sini, saya perasan masih ada yang tertinggal.
01:30Itu semestinya. Kita pun tidak salahkan siapa.
01:33Tetapi memang kita ada jumpa penduduk-penduduk yang ada kesusahan, yang perlu bantuan.
01:42Kita juga nampak ada infrastruktur atau masalah yang masih perlu titik berat dan diselesaikan.
01:52Bagi Hilmi, rekod hampir lima tahun menjadi asas untuk memohon mandat baru.
01:57Manakala pu, mahu pengundi memberi peluang kepada pendekatan yang berbeza.
02:01Pada pilihan raya 2021, calon DAP Damien Yoh Shen Lee tewas kepada Hilmi dengan perbezaan hanya 200 hundi.
02:08Namun kali ini, jumlah pengundi Duyung meningkat kepada 26,528 orang berbanding 18,237 sebelum ini.
02:17Pertambahan 8,291 pengundi itu menjadikan persaingan kali ini lebih menarik.
02:22Dengan rekod perkhidmatan penyandang dan tawaran pencabar bakal dinilai pada 14 November ini.