Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Papan iklan memaparkan Donald Trump dan pemimpin kanan AS serta Israel dipasang di Tehran ketika ketegangan antara Iran dan AS berterusan tanpa kemajuan jelas ke arah perjanjian baharu.
Transcript
00:00Beberapa papan iklan yang memamparkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump serta pemimpin kanan Amerika dan Israel dipasang di jalanan Teheran
00:09pada selasa.
00:10Salah satu papan iklan memamparkan imej Trump di sebalik jeriji penjara dengan mesej berbunyi,
00:17We will kill Trump atau kami akan membunuh Trump.
00:21Satu lagi papan iklan memamparkan Trump bersama naik Presiden J.D. Vance, kutusan khas Steve Witkoff dan Perdana Menteri Israel
00:30Benjamin Netanyahu
00:31dalam keadaan pakaian hangus dengan bendera Amerika dan Israel yang rusak sebagai latar belakang.
00:37Bagaimanapun, waktu sebenar papan iklan berkenaan dipasang tidak dapat dipastikan.
00:41Perkembangan itu berlaku ketika Iran dan Amerika masih jauh daripada mencapai persetujuan yang menamatkan konflik antara kedua-dua negara.
00:49Seorang pegawai kanan Iran memberitahu Reuters bahawa kedua-dua pihak masih belum mencapai kemajuan mencukupi ke arah perjanjian berkenaan.
00:56Dalam perkembangan berkaitan, Qatar meningkatkan usaha diplomatik bagi mengelakkan ketegangan daripada terus memuncak
01:02selepas pilihan raya pertengah penggal Amerika Syarikat.

Recommended