Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Kerajaan mahu TERAJU memperluas sokongan kepada syarikat Bumiputera di Johor melalui bimbingan dan akses perniagaan bagi memanfaatkan peluang pembangunan JS-SEZ.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, unit peneraju agenda Bumi Putera teraju perlu memainkan peranan lebih besar dalam bantu syarikat Bumi Putera khususnya di Johor
00:08berkembang bagi merebut peluang pembangunan zon ekonomi khas Johor Singapura JSSEZ.
00:13Ia bukan hanya terhad dari segi pembiayaan, malah bimbingan dan akses kepada peluang perniagaan berskala besar.
00:22Menteri Ekonomi Akmal Nasirullah Mamad Nasir berkata usaha itu penting bagi memastikan usahawan Bumi Putera turut menjadi sebahagian daripada rantaian
00:31bekalan dan perkhidmatan dalam ekosistem pelaburan JSSEZ.
00:35Jadi sebab itu potensi di Johor ini baik, luas dan juga di peringkat kita juga kita meletakkan pengharapan kepada teraju
00:46untuk menggiatkan lagi usaha sokongan kepada syarikat-syarikat Bumi Putera kita di Johor.
00:53Ini tidak termasuk hanya kepada soal pendanaan tetapi juga soal bimbingan, soal untuk membuka jalan mereka, menskalakan potensi perniagaan mereka
01:05dengan sasaran kearah keupayaan untuk kepasaran saham terbuka.
01:15Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Terajuk Aspirasi Bisnes Simposium 2026 di Johor Baru, Johor.
01:23Mengulas perkembangan JSSEZ, Akmal maklumkan Malaysia dan Singapura bersatu memperkukuh kerjasama bagi mengoptimumkan potensi zon ekonomi berkenaan yang mana pelan
01:33induk JSSEZ pula dijadwalkan dilancarkan pada pemukiman pemimpin.
01:38Perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat pertama jawatan kuasa Menteri Kerjasama Johor Singapura, JSCMC di Singapura yang berlangsung pada Isnin.
01:47Katanya selain itu, pertemuan tersebut turut menyentuh pembangunan kawasan perindustrian Nexus Sedenak yang berpeluang menarik pelaburan RM12 bilion dan menawarkan
01:56peluang pekerjaan.
01:57Sementara itu, dalam Majlis Terajuk Aspirasi Bisnes Simposium 2026 ini, Terajuk telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM8.56 juta kepada sembilan
02:08usahawan Bumi Putera Johor melalusi dua program utama iaitu Bumi Putera Expansion, End Catalyst Fund BECF dan Islamic Working Capital
02:17Financing Program IWCPF.
02:19Terima kasih telah menonton!

Recommended