Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Sebanyak RM3.55 juta disalurkan kepada atlet menerusi SHAKAM dan RM710,000 kepada jurulatih menerusi Skim Galakan Jurulatih. Azizulhasni Awang dan Abdul Latif Romly antara penerima tertinggi kategori Penghargaan Khas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan menyalurkan imbuhan RM4.26 juta kepada atlet dan jurulatih yang meraih pingat pada tiga temasha sukan utama tahun ini.
00:09Menteri Belia dan Sukan Dr. Mohd Taufik Johari berkata jumlah itu melibatkan pencapaian di Sukan Commonwealth Glasgow, Sukan Asia dan
00:17Sukan Para Asia Aichi Nagoya.
00:22Daripada jumlah berkenaan, RM3.55 juta disalurkan kepada atlet menerusi skim hadiah kemenangan Sukan, manakala RM710,000 kepada jurulatih menerusi
00:34skim galakkan jurulatih.
00:36Beliau menyifatkan insentif itu sebagai simbol penghargaan negara terhadap pengorbanan, disiplin dan kecemerlangan atlet serta jurulatih.
00:44Jagoh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizul Hasni Awang antara penerima tertinggi bagi kategori penghargaan khas dengan ganjaran RM180,000.
00:55Sementara itu, Jagoh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romli pula, menerima RM160,000.
01:02Pada Sukan Commonwealth Glasgow, Malaysia meraih 8 emas, 3 perak dan 5 gangsa, sekaligus melepasi sasaran 5 emas.
01:10Di Sukan Asia Aichi Nagoya, kontingen negara membawa pulang 9 emas, 7 perak dan 16 gangsa untuk menyamai rekod terbaik
01:19di Guangzhou 2010.
01:21Kontingen Sukan para Asia turut mencapai sasaran 6 emas pada timasya yang berlangsung dari 18 hingga 24 Oktober lalu.

Recommended