Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Aktiviti penyembelihan yang disyaki tidak mematuhi hukum syarak dikenalpasti dan disiasat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam serbuan yang dilakukan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebuah premis penyembelihan ayam di kampung Sri Aman, Puchong, di Serbu Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS.
00:07Selepas disyaki menjalankan aktiviti penyembelihan tidak mengikut hukum syarak.
00:13Pengarah JAIS, Dato' Muhammad Syahzihan Ahmad berkata, 12 individu dipercayai pekerja Bangladesh dan Pakistan turut berada di dalam premis ketika
00:22serbuan dilakukan pada Jumaat.
00:25Siasatan awal mendapati ayam dipercayai disembelih selepas mati akibat proses renjatan elektrik menggunakan kada Volton melebihi had dibenarkan.
00:36Pemeriksaan juga mendapati premis tidak mempunyai pekerja warga tempatan selain tidak mempamerkan papan tanda perniagaan syarikat.
00:44JAIS dalam penyataan memberitahu pihaknya bagaimanapun telah mengenalpasti pemilik sebenar premis serta syarikat yang berdaftar menggunakan alamat berkenaan.
00:54Bagaimanapun JAIS belum dapat mendedahkan individu atau syarikat terbabit sehingga maklumat sahih diperoleh.

Recommended