Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Kerja-kerja pembersihan dijalankan di dataran Puerta del Sol, Madrid, Sepanyol, pada Selasa selepas polis mengosongkan khemah bantahan berkaitan isu perumahan pada malam sebelumnya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Usaha pembersihan giat dilakukan di dataran Porta del Sol, Madrid, Sepanyol.
00:05Pada selasa, selepas polis mengarahkan kemah bantahan dikosongkan susulan protes perumahan pada Isnin.
00:12Bantahan itu bermula ekoran pengusiran seorang wanita warga emas berusia 87 tahun, Mark Carmen Abascal,
00:19dari kediamannya hingga mencetuskan bantahan di seluruh Sepanyol.
00:23Penjabat Wakil Kerajaan Madrid memaklumkan pihak berkuasa telah memantau keadaan selama beberapa minggu sebelum mengarahkan kemah berkenaan dikosongkan.
00:32Operasi pengosongan itu dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa Bandar Raya Madrid.
00:36Dalam perkembangan berkaitan Sepanyol, kini berdepan masalah perumahan apabila harga sewa terus meningkat selain kekurangan rumah untuk didiami.
00:44Keadaan itu menyebabkan golongan muda dan penduduk berpendapatan rendah semakin sukar mendapatkan rumah pada harga yang mampu dibayar.
00:50Malah kawasan bandar turut menerima kesan peningkatan penginapan pelancong.

Recommended