00:00Sebanyak 12 siri operasi pembenihan awan atau OPA dilaksanakan di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak dari 30 Ogos
00:09hingga 23 Oktober lepas bagi mengurangkan impak jerebu rentas badan yang menjejaskan kualiti udara negara.
00:15Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam NRES memaklumkan operasi itu dilaksana oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, MAP Malaysia dengan kerjasama Agensi
00:25Pengurusan Bencana Negara NADMA dan Tentera Udara Diraja Malaysia, TUDM.
00:33Menurut kementerian itu, operasi berkenaan melibatkan kawasan di utara, tengah dan selatan Semenanjung Malaysia serta Sarawak sepanjang episod jerebu rentas
00:43sempadan.
00:43Menurut kenyataan itu, dalam jawapan bertulis di portal parlimen, operasi tersebut telah menghasilkan hujan di beberapa kawasan sasaran, membantu meningkatkan
00:53paras air empangan dan mengurangkan impak jerebu rentas sempadan.
00:57Kementerian itu menjawab soalan Datuk Larry Seng, PBM Julau mengenai langkah yang diambil kerajaan bagi menangani jerebu rentas sempadan akibat
01:07pembakaran terbuka di negara jiran, termasuk tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab dan sama ada terdapat syarikat milik Malaysia yang dikenapasti
01:17terlibat dalam pembakaran terbuka tersebut.
01:20NRES memaklumkan kerajaan turut mengaktifkan pelbagai mekanisme kesiapsiagaan termasuk pelan tindakan pembakaran terbuka kebangsaan dan pelan tindakan jerebu kebangsaan bagi
01:31mencegah serta menangani kesan jerebu.
01:34Mengenai penglibatan syarikat milik Malaysia, NRES memaklumkan berdasarkan semakan pihaknya bersama Kementerian Peladangan dan Komuniti, setakat ini tiada maklumat rasmi
01:45dan penemuan bukti yang menunjukkan mana-mana syarikat peladangan berkaitan Malaysia terlibat dalam menyebabkan kebakaran hutan atau ladang di Indonesia.