Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Timbalan Presiden DPMM Pusat, Mohd Dzahir Jamudin berkata akses pasaran tidak konsisten dan kos operasi yang meningkat menjejaskan aliran tunai serta keuntungan PMKS, manakala persaingan gaji menyukarkan usaha menarik dan mengekalkan pekerja mahir.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, akses kepada pasaran dan peluang perniagaan yang konsisten menjadi antara cabaran yang paling kritikal untuk usahawan baru, khususnya dalam
00:07memastikan aliran tunai mencukupi untuk menampung kos operasi.
00:12Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pusat atau DPMM, Zahir Jamudin berkata, ketiadaan projek atau pendapatan yang berterusan boleh menjejaskan
00:21kestabilan keuangan perniagaan, terutama syarikat yang masih berada pada peringkat awal operasi.
00:27Kadang-kadang mereka terlupa ataupun terlepas pandang kos pematuhan yang untuk agak tinggi dan juga dari segi tekanan kos pula
00:40akan menyebabkan majin keuntungan mereka ini semakin kecil.
00:44Seperti kenaikan kos bahan mentah, sewaan, pengangkutan dan tenaga kerja. Jadi bila perlukan aliran uang tunai bagi syarikat-syarikat yang
00:55baru berkecilkan,
00:57pun dalam perniagaan, mereka tidak mampu untuk menyerap kenaikan kos-kos tersebut.
01:05Mengulas tentang pengecualian gaji minimum RM2,000 pada PMKS dengan jualan tahunan di bawah RM50 juta.
01:12Dia berkata kelonggaran itu tidak mengecualikan perusahaan kecil daripada persaingan untuk mendapatkan pekerja mahir.
01:18Ujarnya, tawaran gaji, faedah dan peluang kerjaya yang lebih menarik daripada syarikat besar boleh menyukarkan PMKS menarik dan juga mengekalkan
01:27pekerja.
01:27Justru pengecualian tersebut perlu dimanfaatkan untuk meningkatkan daya saing perniagaan, bukan sebagai alasan untuk mengekalkan struktur gaji yang rendah.
01:37Beliau berkata demikian dalam Niaga Awani pada Selasa.

Recommended