Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Program Santun Pelajar McDonald’s Malaysia kini diperluas dengan memberi tumpuan kepada pembangunan diri bagi menyokong mahasiswa sepanjang pengajian serta persediaan mereka menghadapi alam pekerjaan, selain sumbangan hidangan Percuma Nasi Mekdi bagi meringankan beban kos sara hidup.

Menerusi kerjasama dengan Astro Gempak, inisiatif Gempakkan Kampus diperkenalkan bagi membawa perkongsian ilmu dan pengalaman praktikal yang relevan dengan kehidupan di kampus, sekali gus membantu mahasiswa membina keyakinan dan mempersiapkan diri untuk fasa seterusnya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, program santun pelajar McDonald's Malaysia kini diperluas dengan memberi tumpuan kepada pembangunan diri bagi menyokong mahasiswa sepanjang pengajian serta
00:09persediaan mereka menghadapi alam pekerjaan.
00:12Selain sumbangan hidangan percuma nasi MACD untuk meringankan beban kos sehari hidup.
00:18Menerusi kerjasama dengan Astro Gempak, inisiatif Gempakkan Kampus diperkenal untuk membawa perkongsian ilmu dan pengalaman praktikal yang relevan dengan kehidupan
00:27di kampus.
00:28Sekaligus membantu mahasiswa membina keyakinan dan mempersiapkan diri untuk fasa seterusnya.
00:45Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Impak McDonald's Malaysia Melati Abdul Hai berkata pendekatan itu mengambil kira keperluan mahasiswa yang
00:55bukan sekadar berdepan tekanan keuangan.
00:57Malah memerlukan panduan membina masa depan.
01:01Bila kita bercakap dan bertanya dengan mahasiswa-mahasiswa dan pelajar-pelajar mereka bukan sahaja memerlukan pertolongan dari segi sumbangan makanan.
01:10Tapi mereka juga memerlukan tips-tips ataupun informasi tentang keuangan, macam mana nak balanskan kehidupan mereka dan penjagaan diri dan
01:23juga macam mana nak menjadi berkomunikasi dengan cara yang lebih baik.
01:28Sejak diperkenalkan pada Februari lalu, program santun pelajar menyediakan voucher nasi MACD kepada mahasiswa yang memerlukan.
01:37Setakat ini, hampir 300,000 voucher telah ditebus menerusi program berkenaan yang melibatkan lebih 75 institusi pengajian tinggi di seluruh
01:47negara.
01:47Di Universiti Putera Malaysia pula, lebih 8,000 pelajar telah menerima manfaat bantuan makanan itu.
01:55Melati berkata McDonald's Malaysia turut menyediakan peluang pembangunan kerjaya menerusi program seperti Management Apprentice Program, Internship Program dan Graduate Employability
02:06Program.
02:07Salah satu inisiatif kejayaan McDonald's Malaysia termasuklah Management Apprentice Program ataupun MEP, Internship Program dan Graduate Employability Program ataupun GEP
02:21yang kami anjurkan daripada McDonald's dan memberi peluang kepada mahasiswa-mahasiswa pelajar-pelajar di sana
02:28untuk meningkatkan lagi pengalaman mereka melalui on-the-job experience.
02:36Jadi itulah yang dapat kami kongsikan dengan mereka and we want them to go back penuh dengan ilham, penuh dengan
02:42rasa I can do this, penuh dengan motivasi dan juga kita hendak mendekatkan jugalah McDonald's kepada belajar-belajar
02:50di Universiti-Universiti IPT yang kita akan go on a roadshow with gempatkan kampus supaya mereka nampak dan mereka yakin
02:58dengan peluang mereka untuk berkerjaya bukan sahaja di McDonald's
03:03tetapi di mana sahaja yang mereka ingin ceburi.

Recommended