00:00Selepas ini, peniaga yang menggunakan caj tambahan atau tersembunyi tanpa memaklumkannya lebih awal kepada pengguna
00:06boleh dikenakan tindakan undang-undang, termasuk denda sehingga RM100,000.
00:11Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Hari Hidup, Dato' Armizan Ali berkata,
00:15amalan memaklumkan caj tambahan pada peringkat akhir transaksi bukan sahaja mengelirukan,
00:20malah ia menjejaskan hak pengguna untuk mengetahui harga sebenar sebelum membuat pembelian.
00:27Menurutnya, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 10B-1 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatatan 2011 Akta 723
00:37yang mewajibkan peniaga memasukkan semua cukai, duti dan caj lain dalam harga yang dipaparkan atau diiklankan.
00:44Beliau turut menjelaskan pengguna sepatutnya dapat mengetahui jumlah sebenar yang perlu dibayar
00:50dan bukannya hanya dimaklumkan mengenai caj tertentu ketika transaksi hampir selesai.
00:56Prinsip berkenaan turut diperkukuh menerusi garis panduan pelaksanaan dasar harga terangkum,
01:01khususnya bagi sektor makanan dan minuman serta transaksi e-dagang dan perkhidmatan penghantaran.
01:07Garis panduan itu menetapkan harga akhir yang dipaparkan perlu mengambil kira semua komponen
01:13termasuk harga asas, caj perkhidmatan dan caj penghantaran sebelum pengguna mengesahkan tempahan.
01:20Dalam pada itu, KPDN turut menguatkuasakan Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Bagi Perkhidmatan
01:292020
01:30yang mewajibkan premis perniagaan serta penyedia perkhidmatan mempamerkan senarai perkhidmatan dan caj dengan jelas.
01:37Amir Dizam berkata, pemantauan dan penguatkuasaan akan diteruskan bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan penzahiran harga
01:46selain menggesa pengguna menyemak jumlah akhir sebelum membuat pembayaran serta menyalurkan aduan sekiranya terdapat caj tersembunyi atau percanggahan harga.