Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), tindakan memukul rata keseluruhan industri sawit sebagai punca masalah jerebu boleh membebankan pengusaha, pekerja dan pekebun kecil yang masih mematuhi peraturan, serta bergantung kepada sektor itu sebagai sumber pendapatan.
Transcript
00:00Seterusnya, gesaan memboikot produk sawit, susulan isu jerebu rentas sempadan, bukan sahaja tidak menyelesaikan punca pencemaran,
00:07malah berisiko menjejaskan kehidupan lebih 242,000 keluarga pekebun kecil di seluruh negara.
00:14Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia, MPOB, tindakan memukul rata keseluruhan industri sawit sebagai punca masalah jerebu
00:21boleh membebankan pengusaha, pekerja dan pekebun kecil yang masih mematuhi peraturan dan bergantung pada sektor itu.
00:29Sebagai sumber pendapatan.
00:32Ketua pengarahnya, Datuk Badrul Hisham Muhammad berkata, walaupun kebimbangan terhadap alam sekitar wajar dihargai,
00:38ia juga perlu berlandaskan kepada fakta dan bukti.
00:42Katanya, jerebu rentas sempadan merupakan isu yang kompleks dan memerlukan tindakan bersepadu,
00:46termasuk pengesanan punca kebakaran, pengatkuasaan undang-undang, kerjasama serantau serta tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab.
00:55Di Malaysia, katanya, pembakaran terbuka dilarang di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
01:02MPOB juga menegaskan, mana-mana pihak yang melakukan, membenarkan atau menyebabkan pembakaran terbuka
01:08perlu bertanggungjawab dan tertakluk kepada tindakan undang-undang tanpa pengecualian.
01:13Padrul Hisham menambah keluarga pekebun kecil persendirian yang mengusahakan kawasan tanaman melebihi 866,000 hektare di seluruh negara
01:21antara yang paling terdedah kepada perubahan harga, kos pengeluaran dan permintaan pasaran.
01:27Malah sebarang kempen yang menjejaskan permintaan produk sawit boleh memberi kesan kepada keseluruhan rantaian nilai,
01:33termasuk pendapatan pekebun kecil, aktiviti pengumpulan dan pemprosesan tandan buah segar, operasi kilang serta peluang pekerjaan yang berkaitan.
01:42Beliau juga menegaskan bahawa industri sawit negara tertakluk kepada kerangka perundangan, kawal selia dan pensijilan,
01:48termasuk pelaksanaan mandatory pensijilan minyak sawit mampan Malaysia atau MSPO.
01:53MSPO juga menerima pengiktirafan daripada Kesatuan Eropah sebagai piawaian kemampanan yang diyakini dan inklusif,
01:59selain mempunyai sistem keboleh kesanan digital yang menyokong pematuhan pengusaha kepada Peraturan Penyahutanan Kesatuan Eropah atau EUDR.

Recommended