00:00Pelaksanaan sistem e-invoice bukan beban baharu kepada rakyat, sebaliknya instrumen penting menegakkan keadilan percukaian.
00:08Perdana Menteri Datuk Suri Anwar Ibrahim menegaskan, undang-undang cukai mesti saksama supaya golongan kaya tidak menyembunyikan pendapatan.
00:16Sementara pekerja jujur, terus dipotong gaji.
00:21Ketirisan hasil negara akibat tindakan pihak berkemampuan menyembunyikan pendapatan kini disekat melalui ketelusan sistem e-invoice tegas Perdana Menteri.
00:32Namun, perlu ditegaskan bahawa e-invoice bukan bertujuan mengenakan cukai baru atau menambahkan beban percukaian kepada rakyat.
00:43Sebaliknya, ia menjadi instrumen penting untuk menegakkan keadilan, mengesan ketidakpatuhan dan memastikan semua pihak menuaikan tanggungjawab yang sewajarnya.
00:57Tidak adil sekiranya pekerja yang jujur terus membayar cukai daripada pendapatan mereka, sedangkan pihak yang memiliki sumber keuangan yang lebih
01:08besar terus menyembunyikan pendapatan melalui pelbagai lapisan urusan niaga dan helah perakaunan.
01:16Keadilan menuntut supaya undang-undang percukaian dilaksanakan secara saksama.
01:22Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sempena sambutan Hari Inovasi dan Integriti Lembaga Hasil
01:32Dalam Negeri Hasil 2026 disai berjaya pada selasa.
01:36Sehingga 2 November lalu, Perdana Menteri berkata sebanyak 2.14 bilion transaksi e-invoice telah dikemukakan oleh kira-kira 269
01:47,900 pembayar cukai di seluruh negara.
01:50Keberkesanan dasar itu turut menyumbang kepada lonjakan kutipan cukai langsung kasar sebanyak 5.8% kepada RM174.48 bilion bagi
02:0210 bulan pertama tahun ini berbanding RM164.92 bilion pada tempoh sama tahun lalu.
02:10Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan warga hasil agar kekal tegas terhadap perbuatan mengelak cukai secara sengaja namun tetap berhikmah
02:20memberi bimbingan berlandaskan undang-undang kepada pembayar cukai yang memerlukan bantuan.
02:26Terima kasih telah menonton!
02:26Terima kasih telah menonton!