Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Pengerusi PH Sabah Datuk Mustapha Sakmud menggesa semua pihak tidak memperalatkan sentimen agama dalam perdebatan politik dan menegaskan agama sepatutnya menjadi medium penyatuan masyarakat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Parti-parti politik diingatkan agar tidak memperalatkan sentimen agama sebagai senjata politik untuk menyerang pihak lawan
00:07atau mempertikaikan pendekatan yang berbeza dalam sistem demokrasi.
00:12Pengurusi Pakatan Harapan Sabah, Dato' Muhammad, Dato' Mustafa Saqmud berkata,
00:16perbezaan pandangan politik perlu dibincangkan secara rasional tanpa mengaitkannya dengan istilah atau gambaran keagamaan yang boleh mengelirukan masyarakat.
00:28Beliau tidak bersetuju apabila istilah akhir zaman dijadikan senjata ketika berbahas tentang politik.
00:33Menurut Mustafa, kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang didakwa mengaitkan perjanjian keyakinan dan perbekalan atau CSA dengan
00:42watak akhir zaman Dajjal
00:43adalah sesuatu yang asing dan boleh menimbulkan kekeliruan khususnya dalam kalangan umat Islam di Sabah.
00:49Beliau berkata rakyat Sabah selama ini hidup dalam suasana harmoni berasaskan keperbagaian agama, kaum dan budaya
00:55yang menjadi asas kekuatan negeri itu.
00:58Mustafa berkata agama sepatutnya menyatukan bukan memecah belahkan.
01:02Beliau turut menegaskan bahawa CSA bukan perkara baru dalam politik negara dan pernah digunakan ketika PAS berada dalam kerajaan persekutuan.
01:10Sebab itu beliau menyeru seluruh rakyat Sabah agar terus mempertahankan keharmonian yang dinikmati selama ini
01:16serta menolak politik sempit yang mengeksploitasi agama demi kepentingan kuasa.

Recommended