00:00Sementara itu, Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Mike Johnson akan memantau beberapa pertandingan utama di Pantai Timur sebagai petunjuk awal
00:09prestasi Republican dalam pilihan raya pertengahan Benggal.
00:12Menurut dua sumber yang dipetik CNN, tumpuan khusus diberikan kepada tiga kerusi di Virginia, tempat pengundian ditutup lebih awal pada
00:20malam pilihan raya.
00:24Antaranya kerusi John McGuire di daerah Kongres kelima Virginia yang dibenangi Presiden Donald Trump dengan kelebihan 12 mata peratusan pada
00:322024.
00:33Kekalahan Republican di kawasan itu dijangka menjadi isyarat awal bahawa parti berkenaan berdepan keputusan buruk secara meluas.
00:41Johnson turut memantau penyandang Jen Keegans yang berdepan, persaingan sengit serta Rob Whitman di kawasan yang sedikit memihak kepada Republican.
00:49Di Kentucky pula, prestasi calon Republican, Ralph Alvarado di daerah Kongres ke-6 turut dilihat sebagai petunjuk penting.
00:57Trump memenangi kawasan itu dengan kelebihan 15 mata peratusan pada 2024.
01:03Sumber kedua-dua parti menjangkakan keputusan di kawasan kubu kuat Republican akan memberikan gambaran awal tentang kekuatan sokongan terhadap Demokrat.
01:12Sekiranya, Demokrat mencatat prestasi melebihi jangkaan di kawasan berkenaan, ia boleh menandakan kemenangan besar parti itu.
01:18Sebaliknya, keputusan yang kurang memberangsangkan boleh membawa kepada persaingan lebih rapat.