Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Banjir yang melanda Kampung Melayu Subang, Shah Alam, menyebabkan penduduk berdepan kerosakan harta benda apabila air naik secara mendadak selepas hujan lebat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Banjir yang melanda kampung Melayu Subang di Syahalam menyebabkan harta benda penduduk rosak apabila air naik secara mendadak akibat hujan
00:09lebat.
00:10Seorang mangsa Siti Fatimah Zukipli, 43 tahun berkata, hampir semua barangan di dalam rumahnya tidak dapat diselamatkan.
00:21Dia naik secara mendadak. Tanpa orang kata kita tahu dekat mana nak masuk dah. Tak tahu je dia dah bagi
00:27salam terus masuk.
00:27So kita tak boleh nak cakap apa-apalah maknanya di luar jangkaan kita. Barang-barang tu memang kira habislah memang
00:33tak dapat nak diselamatkan.
00:35So daripada kita tunggu, tunggu tak tahu benda nak ditunggu, selama kita duduk kat PPS. Kesudahannya di sinilah kita.
00:45Itu tak berani nak cakap sebab motor pun ada, kereta ada, kira keperluan perabot dalam rumah tu memang habislah semuanya.
00:53Pengalaman sama turut dialami Fatimah Mohamad yang terpaksa bertindak pantas menyelamatkan diri bersama anak-anak selepas air naik dalam tempoh
01:02singkat.
01:03Semalam hujan lebat dalam pukul 3 petang, tak sampai 20 minit air naik. Air naik dengan cepat lah.
01:10Sampai masa saya keluar daripada rumah tu air parah dada.
01:16Masa selepas saya keluar tu saya tak tahu dah air parah mana. Kita dalam lah.
01:20Banjir itu menyebabkan barangan elektrik, pakaian, uniform sekolah dan motosikal milik Fatimah rosak.
01:27Dengan anggaran kerugian melebihi RM10,000.
01:31Bencana banjir menjadi peringatan buat penduduk untuk sentiasa berwaspada.
01:35Lebih-lebih lagi apabila keadaan air boleh berubah dalam tempoh singkat selepas hujan lebat.
01:40Penduduk berharap pihak bertanggungjawab mengambil tindakan bagi mengelakkan kawasan itu berulang banjir.
01:45Terima kasih kerana menonton!

Recommended