Skip to playerSkip to main content
Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat mempersoalkan mengapa Lembaga Tabung Haji tidak menyediakan sendiri perkhidmatan badal haji bagi memastikan urusan itu dapat dikendalikan secara lebih teratur. #SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Category

🗞
News
Transcript
00:00Badal haji ini satu ibadah yang sangat baik, atas niat yang baik daripada mana-mana ahli keluarga untuk ibu ataupun
00:08bapa mereka.
00:10Tetapi benda ini mudah diseleweng kerana bila dah bayar, pergi ke Mekah, siapa-siapa pun boleh buat dan siapa-siapa
00:19juga boleh menipu di sana, tidak ada kawalan dan sebagainya.
00:22Jadi soalan saya, mengapa tidak tabung haji sendiri yang menawarkan perkhidmatan badal haji ini?
00:31Silakan Menteri.
00:33Terima kasih yang berhormat. Seperti yang saya jawab tadi, kerajaan sedang memperhalusi perkara ini dan saya mohon untuk memberikan ruang
00:43kepada kerajaan untuk mengemaskini agar kita boleh menyediakan panduan-panduan khusus untuk perkhidmatan badal haji.
00:54Dan seperti yang YB sebutkan tadi, kenapa tidak tabung haji sendiri yang menawarkan badal haji?
00:59Saya ingin menegaskannya, sekiranya tabung haji sendiri tidak menawarkan perkhidmatan badal haji, bagaimana mungkin pihak-pihak lain di luar sana
01:07boleh menawarkan perkhidmatan yang tidak ditawarkan oleh tabung haji sendiri?
01:11Jadi saya mohon sekali lagi berhati-hati dan pihak kerajaan sedang mengambil serius tentang perkara ini, kajian sedang dijalankan, insyaAllah
01:21garis panduan akan dibentangkan kepada MKI, doakan kajian ini berjalan dengan lancar insyaAllah.
01:26Dan saya juga ingin menegaskan di sini bahawa kerajaan sentiasa memandang serius tentang isu badal haji ini, sebab itu jawhar
01:35sedang melakukan tugas dan tanggungjawab mereka untuk memastikan garis panduan yang disiapkan ini akan memberikan sesuatu yang dapat membantu kerajaan
01:47dan di pihak masyarakat agar ibadah badal haji ini dapat kita laksanakan dengan sebaiknya insyaAllah.
01:53Sekian terima kasih.

Recommended