Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Keuntungan bersih Maxis Bhd bagi suku ketiga yang berakhir 30 September 2026 meningkat kepada RM447 juta daripada RM412 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun sebelumnya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Keuntungan bersih Maxis Berhad bagi suku ketiga yang berakhir 30 September 2026 meningkat kepada RM447 juta daripada RM412 juta yang
00:12dicatatkan dalam suku yang sama tahun sebelumnya.
00:15Perolehan bagi suku berkenaan meningkat 3.7% kepada RM2.68 bilion daripada RM2.58 bilion disumbangkan pertumbuhan perolehan perkhidmatan
00:27sebanyak 1.1% serta peningkatan perolehan daripada penjualan peranti.
00:35Maxis menyatakan segmen perniagaan pengguna mencatatkan pertumbuhan perolehan sebanyak 1.3% kepada RM1.84 bilion.
00:44Tambahnya dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, pertumbuhan ini disumbangkan segmen pasca bayar yang menyaksikan peningkatan asas langganan sebanyak
00:544.4% kepada 4.27 juta pelanggan.
00:59Ini sekaligus menyumbang kepada peningkatan perolehan kepada RM979 juta disokong oleh pendekatan bersasar dalam mendapatkan pelanggan daripada pelbagai segmen.
01:09Bagi segmen perabaya pula, menurut Maxis, perolehan yang dicatatkan berjumlah RM611 juta susut sepanyak 0.8% berikutan pelaksanaan garis
01:20panduan baru pendaftaran perabaya.
01:22Maxis memberitahu bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2026, keuntungan bersih syarikat naik kepada RM1.3 bilion daripada RM1
01:32.18 bilion pada 2025,
01:36manakala hasil bertambah kepada RM8.07 bilion daripada RM7.75 bilion.
01:44Mengenai prospek bagi tahun penuh, Maxis berkata panduannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026 ialah peningkatan satu dijit rendah
01:54dalam hasil perkhidmatan.
01:56Selain itu, prospek bagi pertumbuhan satu dijit rendah dalam keuntungan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan EBITDA serta intensiti
02:05perbelanjaan modal sekitar 10% daripada jumlah perolehan.
02:09Lembaga pengarah mengisytiharkan dividen interim ketiga satu peringkat yang dikecualikan cukai sebanyak 4.5 sen sesaham yang akan dibayar pada
02:1822 Disember 2026 dengan tarikh kelayakan ditetapkan pada 30 November 2026.
02:24Terima kasih kerana menonton!

Recommended