00:00Permohonan Datin Sri Rosmah Mansur untuk mengemukakan bukti tambahan dalam rayuannya terhadap sambitan kes rasuah projek solar hybrid
00:07bernilai RM1.25 bilion ditangguhkan hingga 14 Januari depan.
00:12Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh itu bagi pengurusan kes selanjutnya
00:16sementara menunggu penyelesaian rayuan pihak pendakwa di Mahkamah Persekutuan.
00:23Hakim Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas dimaklumkan bahawa alasan penghakiman Mahkamah Rayuan
00:30masih belum diperoleh bagi melengkapkan rekod rayuan berkenaan.
00:34Peguam Rosmah Datuk Akbardin Abdul Kadeh berkata pihaknya belum bersedia untuk meneruskan proseding
00:40kerana menunggu perkembangan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
00:43Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mustafa P. Kunyalam turut mengesahkan
00:47pihak pendakwaan masih menunggu alasan penghakiman Mahkamah Rayuan.
00:52Pada 1 September lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Rosmah untuk mengemukakan bukti tambahan
00:57dalam rayuannya terhadap sabitan dan hukuman kes berkenaan.
01:01Panel 3 Hakim yang diketuai Datuk Azhari Kamal Ramli memerintahkan
01:05supaya keterangan tambahan daripada saksi pendakwaan Rayyan Razul Abdullah
01:10direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi.
01:13Keterangan itu membabitkan laporan polis dan akuan berkanun yang dibuat Rayyan
01:18yang mendakwa beliau menerima tekanan daripada pihak pendakwaan sepanjang perbicaraan kes itu.
01:23Bagaimanapun, pihak pendakwaan mengfalkan rayuan di Mahkamah Persekutuan
01:27bagi mencabar keputusan tersebut dan berjaya mendapatkan penangguhan pelaksanaan perintah itu
01:32sementara menunggu keputusan muktamad.
01:34Untuk rekod, Razul Mah disabitkan bersalah pada 2022 atas tiga pertuduhan rasuah
01:39berkaitan projek solar hybrid bernilai 1.25 bilion ringgit
01:44bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan dihukum penjara 10 tahun dan denda 970 juta ringgit.
01:52Namun, pelaksanaan hukuman itu kini ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan.