00:00Malaysia berdepan risiko dieksploitasi sebagai salah satu hub transit dadah antarabangsa, ekoran kedudukan strategik dan rangkaian pengangkutan yang luas.
00:09Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, risikan polis diraja Malaysia PDRM menunjukkan sindikat jenayah terancang berpotensi menggunakan
00:17negara ini sebagai laluan membawa masuk dadah sebelum diedarkan tempatan atau antarabangsa.
00:25Katanya, kedudukan geografi Malaysia serta akses kepada pengangkutan udara, darat dan maritim menjadikan negara ini antara lokasi yang menarik perhatian
00:34sindikat antarabangsa.
00:36Sehubungan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik atau JSJN terus mempergiakan usaha risikan dan operasi pengakkuasaan bagi melumpuhkan rangkaian sindikat dadah
00:47secara menyeluruh.
00:48Jelasnya, tindakan yang diambil bukan sahaja menyasarkan pengedar, malah turut membabitkan pembekal, pengatur pergerakan dan pembiaya aktiviti jenayah tersebut.
00:59Selain itu, PDRM turut memperkukuh kerjasama dengan agensi penguatkuasa antarabangsa bagi memastikan aktiviti penyudupan dadah rentas sempadan dapat dibendung dengan
01:09lebih berkesan.
01:10Sementara itu, kawalan keselamatan di lapangan terbang antarabangsa, pelabuhan dan sempadan darat terus dipertingkatkan bagi menyekat kemasukan dadah ke negara
01:19ini.
01:19Dalam pada itu, berikutan beberapa insiden keselamatan di pintu masuk negara, Jemaah Menteri pada 19 Ogos lalu telah meluluskan memorandum
01:27bersama antara Kementerian Dalam Negeri KDN dan Kementerian Pengangkutan MOT.
01:32Memorandum itu melibatkan pelaksanaan pelan tindakan penambahbaikan dan mitigasi keselamatan bagi memperkukuh kawalan dan salingan di lapangan terbang antarabangsa Kuala
01:42Lumpur KLIA serta pintu masuk antarabangsa yang lain.
01:46Pelan tersebut merangkumi 17 syur utama mertebaskan keselamatan penerbangan, keselamatan negara dan sempadan serta keselamatan fizikal dan pelindungan.
01:56Pelan itu akan dilaksanakan secara berfasa dalam tempoh jaga pendek, sederhana dan panjang.
02:02Terima kasih telah menonton!