Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Penilaian hafazan al-Quran yang sistematik dan seragam penting bagi memastikan kualiti pendidikan tahfiz terus terpelihara. Bagi memenuhi keperluan itu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membangunkan Sistem Penilaian Hafazan al-Quran atau SPHQ-MyQiz, iaitu satu sistem yang menyediakan kaedah pentaksiran lebih tersusun, telus dan boleh diukur. Penilaian merangkumi enam dimensi utama iaitu kesediaan, kelancaran, kefasihan, tajwid, ingatan dan sikap, sekali gus membantu guru memantau perkembangan hafazan pelajar serta meningkatkan mutu pendidikan tahfiz.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Berkaitan dengan sistem penilaian ataupun pentaksiran hafazan Al-Quran ini memang sudah lama diperlukan sebenarnya dalam dunia pendidikan tafiz.
00:13Sebagai contoh, saya berada dalam bidang pengajaran, pembelajaran tafiz ini hampir 20 tahun.
00:21Saya melihat di sana, setiap hari pelajar akan membaca bacaannya di hadapan guru, di hadapan pesarah Al-Quran itu disahkan.
00:32Jadi apabila disahkan bacaan tersebut, perlu ada suatu indikator yang jelas, yang tepat supaya pelajar ini dia dapat disahkan bacaan
00:45itu kualitinya sebagaimana.
00:47Bukan sekadar kita hanya merekodkan, meletakkan bahawa pelajar ini telah bermula daripada ayat sekian sampai ayat sekian dan akhirnya khatam
00:57Al-Quran.
00:57Kita tidak mengenali, tidak dapat memastikan bahawa pelajar ini bagaimana dari segi sebutan hurufnya, taraf sebutan hurufnya, taraf ataupun kualiti
01:09falsahnya, bacaannya, kelancarannya tidak dapat dipastikan melainkan dengan ada satu sistem.
01:15Maka dengan melihatkan kepada apa yang berlaku dalam dunia pendidikan tafis, saya dan rakan-rakan penyelidik lain melihatkan ada suatu
01:27lompong yang kita cuba untuk mengisi lompong tersebut.
01:31bagi membantu pelajar-pelajar ini dapat dikenalpasti apakah sebenarnya masalah-masalah yang berlaku dalam hafazan tersebut, supaya dengan sebab itu
01:46kita dapat boleh meningkatkan kualiti hafazan bagi pelajar-pelajar yang berada dalam bidang tafis ini.
01:52Terima kasih kerana menonton!

Recommended