Skip to playerSkip to main content
Pakatan Harapan mengakui berdepan cabaran lebih besar dalam mempertahankan kerusi pada PRN Melaka susulan kerjasama Barisan Nasional dan Perikatan Nasional yang menggabungkan kekuatan serta sokongan tradisi kedua-dua gabungan itu.

#PRNMelaka #MelakaMemilih

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pakatan Harapan PH mengakui berdepan cabaran lebih besar dalam usaha mempertahankan kerusi yang ditandingi pada pilihan raya negeri PRM Melaka.
00:09Setiausaha Agong DAP, Anthony Lok berkata, kerjasama antara Barisan Nasional BN dan Perikatan Nasional PN memberi kelebihan kepada kedua-dua
00:17gabungan itu, susulah penyatuan sokongan penyokong tradisi masing-masing.
00:21Ia memang satu cabaran sebab apabila mereka menggabungkan kekuatan mereka, jadi setelah tentu masing-masing ada sokongan tradisi mereka, masing
00:34-masing ada core supporter mereka.
00:36Jadi apabila mereka tidak bertanding antara satu sama lain dan mereka meminta penyokong masing-masing untuk memberikan sokongan kepada calon
00:45mereka, maka ini satu kekuatan yang akan memberikan cabaran kepada kita.
00:50Namun begitu, setelah tentu kita tetap berusaha kerana dalam mana-mana pilihan raya, kita mesti mengusahakan yang terbaik supaya mendapat
01:03sokongan daripada rakyat.
01:04Beliau berkata demikian selepas menghadiri Malam Harapan di Sekolah Tinggi Peifong, Melaka pada Khamis.
01:11Menurutnya, sokongan penyokong tradisi dan kekuatan di kawasan penyandang masing-masing boleh memberi kenebihan kepada calon BN dan PN.
01:19Bagaimanapun, Anthony menegaskan PH akan terus memberi tumpuan kepada usaha mempertahankan empat kerusi penyandang, iaitu tiga di bawah Parlimen Kota
01:28Melaka dan satu di Dun Aikero.
01:30Tadi kita memang ada harapan untuk mempertahankan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Kota Melaka, khususnya kawasan Kota
01:41Laksamana, Bandar Hile, Kesidang.
01:43Ini merupakan beberapa kerusi penyandang kita yang kita fokus dan seperti yang kita nyatakan secara terbuka, fokus kita ialah untuk
01:53mempertahankan empat kerusi penyandang, iaitu selain tiga kerusi di Parlimen Kota Melaka, satu lagi Dun Aikero.
02:00Dan tiga lagi kerusi yang kita bertanding, memang kita tahu ada cabaran yang kuat, namun begitu kita akan berusaha untuk
02:08memenangi kerusi-kerusi tersebut.
02:12Pada PRM Melaka kali ini, PH mempertaruhkan 24 calon, manakala BN meletakkan 23 calon.
02:19Parti Bersama Malaysia atau Bersama Pula meletakkan 16 calon, diikuti bersatu dengan 7 calon dan Perikatan Nasional dengan 5 calon.

Recommended