Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Hannah Yeoh berkata kepakaran dan sokongan berkaitan autisme perlu diperluaskan ke sekolah kerajaan termasuk di kawasan luar bandar.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kepakaran dan sokongan berkaitan autism perlu diperluaskan ke sekolah-sekolah kerajaan termasuk di kawasan luar bandar bagi mastikan murid yang
00:08mengalami gangguan spektrum autism atau ESD mendapat bantuan yang sewajarnya.
00:14Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan Hanah Yoh berkata, ilmu dan kepakaran yang dimiliki pusat-pusat autism tidak seharusnya
00:21terhad kepada keluarga yang berkemampuan sahaja.
00:26Menurutnya, akses kepada sokongan dan intervensi autism perlu dibuka kepada semua golongan bagi mastikan kanak-kanak yang memerlukan bantuan tidak
00:36tercicir daripada sistem pendidikan.
00:38Tambahnya, kerajaan kini melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menyokong kanak-kanak dan individu autism di seluruh negara.
00:45Antaranya, termasuk peruntukan khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Arno Ibrahim tahun lalu untuk menubuhkan sebuah pusat autism
00:53di setiap negeri.
00:55Beliau berkata, kerajaan juga menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar kurang upaya yang berdaftar di universiti awam.
01:03Langkah itu juga dibuat bagi memahami punca sesetengah murid menunjukkan tingkah laku berbeza di dalam bilik darjah.
01:10Katanya, pembuat dasar perlu bekerjasama rapat dengan pakar autism bagi memastikan bantuan yang diberikan benar-benar memenuhi keperluan murid.
01:20Dalam pada itu, sehingga 31 Disember 2024, seramai 6,876 kanak-kanak autism berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Kuala
01:30Lumpur.
01:30Di peringkat nasional pula, kira-kira 99,000 individu autism berdaftar sebagai orang kurang upaya setakat Oktober lalu.
01:38Dengan sebahagian besar daripada mereka, terdiri daripada kanak-kanak dan remaja berusia di bawah 18 tahun.

Recommended