Skip to playerSkip to main content
  • 14 minutes ago
Kesedaran dan rasa tanggungjawab kendiri dalam keselamatan siber perlu dipupuk agar rakyat lebih bersedia melindungi diri daripada ancaman digital yang semakin kompleks dan sukar dijangka.
Transcript
00:00Tahap ancaman keselamatan saiber negara NCTL di Malaysia yang telah dinaikkan daripada rendah kepada sederhana, berkuatkuasa serta-merta pada 4
00:09November lalu, memberi gambaran bahawa ancaman saiber bukanlah satu perkara yang boleh dipandang dengan.
00:15Menurut Presiden Persatuan Pengguna Saiber Malaysia MCCA, Muhammad Sirajudin Jalil, kataan yang dikeluarkan kerajaan merupakan satu bentuk peringatan penting yang
00:23perlu diambil serius oleh rakyat Malaysia.
00:27Beliau berkata isu keselamatan saiber perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas, termasuk peranan kerajaan dalam menjaga keselamatan dan melindungi
00:36rakyat daripada ancaman yang boleh menjejaskan kestabilan serta kesejahteraan negara.
00:41Namun tegas beliau, segala usaha dan peringatan yang dikeluarkan pihak berkuasa tidak akan membawa makna sekiranya rakyat sendiri tidak mempunyai
00:48kesedaran, serta-tidak mengambil inisiatif untuk memahami risiko yang wujud dalam dunia digital.
00:53Tambah beliau, inilah masanya untuk masyarakat lebih peka terhadap mesej dan amaran yang disampaikan kerajaan.
01:00Kita nak harapkan satu benda, ini masa rakyat ambil ilmu sebab dalam mendepani isu ancaman saiber ini, nak tak nak
01:08kita tak boleh lari sebab semua di kalangan kita ini bergantung dengan teknologi digital.
01:13Jadi apa yang penting, ambil ilmu dan alert dengan mesej-mesej penting daripada pihak berwajib.
01:19Nak kesal sebagai contoh ataupun cyber security Malaysia, ada media sosial mereka, ada polis pun ada buat makluman, bank negara
01:27antara yang mereka ini.
01:28Suruhan jari tenaga yang mewakili ketua sektor tenaga.
01:32Tenaga, kesihatan, melibatkan perbankan, perkhidmatan kewangan, ini adalah komponen paling penting dalam mana-mana rakyat Malaysia.
01:42Beliau menambah sikap kebertanggungjawaban terhadap keselamatan kendiri di alam saiber merupakan langkah paling mudah dan berkesan yang boleh diambil oleh
01:51setiap rakyat.
01:52Menurutnya, kesedaran serta amalan keselamatan digital yang baik akan membantu masyarakat lebih bersedia menghadapi ancaman saiber yang semakin kompleks dan
02:01canggih.

Recommended