Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Presiden Israel menamakan Gadi Eisenkot untuk cuba membentuk kerajaan selepas pilihan raya menghasilkan parlimen tanpa majoriti jelas. Beliau mempunyai tempoh 28 hari bagi mengadakan rundingan membentuk gabungan pentadbiran.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Israel Isaac Herzog memilih Gadi Hassankat, pesaing utama Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk cuba membentuk kerajaan baru sesulahan keputusan
00:10Pilihan Raya yang menyaksikan tiada pihak memperoleh laluan jelas ketampuk kuasa.
00:14Netanyahu, pemimpin paling lama berkhidmat dalam sejarah Israel, sudah berusaha mempertahankan kedudukannya selepas gabungan agama nasionalis pemimpinannya kehilangan majoriti dalam
00:24Pilihan Raya 27 Oktober lalu disebalik masih muncul sebagai blok terbesar di Parlimen.
00:30Mengikut sistem politik Israel, Presiden berperanan menambahkan calon yang mempunyai peluang terbaik untuk membentuk gabungan pentadbiran selepas Pilihan Raya.
00:38Melalui Platform X, Aisin Kuat Berkatam sudah tiba masanya untuk membentuk kerajaan kecemasan nasional.
00:44Bekas Panglima Tentera berusia 66 tahun itu dijangka berdepan rundingan panjang dan rumit.
00:49Beliau mempunyai tempoh 28 hari untuk membentuk kerajaan dengan kemungkinan lanjutan selama 14 hari lagi.
00:54Antara pilihan yang boleh diterokainya termasuk membentuk kerajaan minoriti dengan sokongan parti-parti Arab dalam isu tertentu,
01:01menjalin kerjasama dengan parti ultra-orthodox yang sebelum ini ditolak beliau dan sekutunya atau mewujudkan kerajaan perpaduan bersama Netanyahu.
01:09Bagaimanapun, penganalisis berpendapat ketiga-tiga pilihan itu sukar direalisasikan memandangkan perbezaan politik yang ketara antara pihak terbabit.
01:17Terima kasih kerana menonton!

Recommended