00:00Baik ringgit dijangka diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar Amerika pada minggu depan ketika para pelabur menilai prospek kadar faedah Amerika
00:06Syarikat.
00:07Ketua Al-Ekonomi Bank Muamala Malaysia Berhad Dr. Mohd Afzani Zabri Rashid berkata,
00:11tumpuan utama pelabur terarah kepada data indeks harga pengguna dan indeks harga pengeluar Amerika Syarikat bagi bulan Oktober yang dijaduakan
00:19diumumkan masing-masing pada Selasa dan Jumaat.
00:24Jelasnya, bacaan inflasi yang lebih rendah boleh memberi tekanan ke atas hasil pembendaharaan Amerika Syarikat dan dolar Amerika sekaligus memberikan
00:33sokongan kepada ringgit.
00:35Bagaimanapun, inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan boleh menjejaskan peningkatan tersebut.
00:41Di peringkat domestik, kata Muhammad Afzal Nizam, angka pengeluaran perindustrian, pasaran buruh serta perdagangan borong dan runcit Malaysia
00:50akan memberikan petunjuk seterusnya mengenai daya tahan ekonomi.
00:55Beliau berkata, keputusan Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan kadar dasar semalaman OPR pada paras 27.5% menyediakan dasar yang
01:04konsisten dan stabil.
01:06Justeru, ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran RM4.04 hingga RM4.06 berbanding dolar Amerika minggu depan.
01:16Sementara itu, rakan pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata,
01:21ringgit berpotensi kembali mengukur ke paras yang lebih tinggi sekiranya aktiviti penjualan dalam pasaran ekuiti meningkat
01:28yang mendorong para peniaga mengambil kira rezat persentuan Amerika berkemungkinan tidak akan menaikkan kadar.
01:35Bagi tempoh Jumaat ke Jumaat, ringgit menyusun berbanding dolar Amerika pada 4.0565 daripada paras 4.0555 pada minggu sebelumnya.
01:48Sepanjang minggu yang baru berakhir ini, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
01:54Terima kasih telah menonton!