00:00Malaysia menggesa agar keselamatan cyber dan pelindungan kanak-kanak dalam talian diberi keutamaan dalam membentuk agenda digital global.
00:08Menurut Menteri Komunikasi Dato' Sri Fahmi Fazil, pembangunan dan penggunaan kecerdasan buatan AI serta teknologi baru perlu dilaksana secara bertanggungjawab
00:17bagi menjamin keselamatan pengguna.
00:20Beliau berkata aspek kepercayaan dan keselamatan menjadi komponen penting bagi mastikan orang ramai yakin untuk menyertai ekonomi digital.
00:28Jelasnya inovasi tidak boleh bergerak secara bersendirian tanpa langkah perlindungan yang mampu melindungi pengguna daripada risiko digital.
00:37Berucap pada meja bulat peringkat Menteri, sempena Persidangan Plani Potensiali Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa 2026 atau PP26 di Doha,
00:47beliau berkata deklarasi Menteri Doha wajar memberi penekanan kepada keselamatan cyber, pelindungan kanak-kanak dan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab.
00:55Katanya, Malaysia menyambut baik deklarasi tersebut yang memberi tumpuan kepada tiga aspek utama iaitu ketersambungan bermakna,
01:04keterangkuman digital dan persekitaran digital yang selamat serta diyakini.
01:08Tambahnya, ketersambungan digital perlu melangkaui aspek liputan rangkaian dengan memastikan perkhidmatan telekomunikasi kekal mampu milik berdaya tahan dan boleh dipercayai.
01:18Pada masa sama, Malaysia turut menekankan kepentingan memastikan negara membangun dan komuniti yang kurang mendapat akses tidak tercicir daripada manfaat
01:27teknologi baru.
01:29Kerjasama antarabangsa melalui kesatuan telekomunikasi antarabangsa itu penting bagi membina masa depan digital yang lebih selamat, inklusif dan memberi peluang
01:38saksama kepada semua.
01:39Terima kasih telah menonton!