Skip to playerSkip to main content
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata jumlah sekolah di Sabah yang menggunakan perkhidmatan internet fiber meningkat kepada 1,124 buah berbanding 494 buah pada Julai 2024.

Pada tempoh sama, sebanyak 620 sekolah menggunakan jalur lebar (broadband), manakala 184 sekolah bergantung kepada perkhidmatan satelit.

Usaha memperluas capaian internet fiber itu akan diteruskan bagi meningkatkan kemudahan digital di sekolah, khususnya dalam menyokong penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pendidikan.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Transcript
00:00Saya boleh sebut di sini bahawa pada bulan Julai 2024, jumlah sekolah yang menggunakan broadband di Sabah adalah sebanyak 620,
00:11fiber 494, satelit 184 dan kini kita telah pun berjaya untuk meningkatkan penggunaan fiber, internet teknologi fiber di Sabah kepada
00:351,124 buah sekolah
00:38iaitu ditingkatkan daripada lebih kurang 494 kepada 100,024 dan usaha ini akan diteruskan untuk memastikan kita menjamin satu kemudahan
00:54internet yang perkelajuan tinggi
00:56dan juga persesuaian dengan kemajuan teknologi, hasil kemajuan AI.

Recommended