00:00Soal SST, GST itu memang menjadi perbincangan dan kita faham kerana ini dua-dua sistem percukaian yang diperkenalkan banyak negara,
00:12ada kekuatan masing-masing.
00:14Tapi dalam konteks negara Malaysia, kita lihat angkanya, SST sekarang, berapa hasilnya? Itu 3.2% dari KDNK.
00:29Angka ini sama dengan GST 2017. Jadi tidak ada alasan untuk menyatakan bahawa perkenalkan GST itu akan menambahkan hasil.
00:44Tapi apa bezanya?
00:48Itu andayanya GST itu 6%.
00:53Tapi 6% membebankan.
00:55Apa bezanya dari segi konseptual, dari segi ekonomi makro?
01:00SST itu cukai kepada gulungan peniaga di atas yang import.
01:07GST itu cukai menyeluruh.
01:12Maknanya orang miskin, tengah miskin, walaupun ada sedikit pengecualian berapa ratus item.
01:18Tetapi prinsipnya itu, SST cukai kepada peniaga.
01:22GST cukai kepada semua.
01:25Broadbased text.
01:27Jadi, saya tak faham mengapa kita, pejuang-pejuang rakyat ini, nak suruh cukai kepada rakyat.
01:35GST itu cukai kepada rakyat terbanyak.
01:38SST cukai kepada peniaga.
01:41Walaupun sebahagian kecilnya memang turun kepada rakyat.
01:44Betul.
01:45Tetapi, GST itu menyeluruh.
01:49Jadi, ini yang penting kita.
01:52Itu kalau andayannya, nak turun berapa ratus, saya tahu, kalau 6% membebankan.
02:00Baik, kita tengok SST.
02:02Berapa barang yang dikenalkan, yang dikecualikan, SST.
02:09SST itu yang dikecualikan dalam sistem percukaian kita itu, 2,000 barang.
02:16GST, kurang lebih dari 750 barang.
02:20Jadi, sehingga kita dapat cerakin dengan teliti, saya tidak fikir mengapa kerajaan, kerajaan Madani tidak akan memperkenalkan.
02:31Kerana bagi kita, ia membebankan rakyat terbanyak.
02:38Pelaksanaan GST, itu menyebabkan pada tahun 2018, berapa?
02:45Perniagaan, kena.
02:49Perniagaan yang terkesan dari GST pada tahun 2018 adalah 7,000.
02:56700,000.
02:58Baik.
02:59Berapa di bawah SST tahun ini?
03:02Ingat, 700,000 perniagaan pada tahun 2018 terkesan dengan cukai GST.
03:11Tapi, bawah SST tahun ini hanya 130,000.
03:17Jadi, pada saya, kita ada pilihan.
03:21Cukai untuk peniaga atau cukai untuk rakyat yang menyeluruh.
03:27GST itu cukai untuk rakyat menyeluruh.
03:31Kalau mana-mana pihak, terutama bangkang, nak perkenalkan GST, tak apa.
03:36Kampen, dia biar ada perbahasan terbuka.
03:38Di antara GST dan SST.
03:41Dari segi saya, saya tukarlah kalau ada cadangan begitu
03:44supaya perbahasannya itu lebih mendalam
03:48dan rakyat juga terdedah kepada cara dan pendekatannya.
03:53Ada yang bangkitkan, tapi ya, saya dulu pernah menyebut
03:56pendekatan GST itu
03:59efisien dan transparan.
04:01Betul.
04:02Tapi, saya juga qualify.
04:03Saya kata, kerajaan itu pada tahun 90-an
04:07akan melaksanakan
04:09bila threshold pendapatan rakyat itu meningkat.
04:13Sekarang, rakyat ada dapat 1,500, 1,700, 2,000 ringgit.
04:18Dan kita kenalkan GST, terbeban dia.
04:21Bila pendapatan rakyat keseluruhannya meningkat,
04:254,000 minima,
04:26dan kita kenal GST itu munusabah.
04:29Percukaian itu general, menyeluruh,
04:32tetapi tidak membebankan kalangan berpendapatan rendah.
Comments