00:00Bertemu kembali, Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA Jensen Huang berundur daripada jawatannya di syarikat pengeluar chip yang diasaskannya 33 tahun lalu
00:09dan dibangunkan menjadi gergasi kecerdasan buatan AI bernilai 4 triliun dolar Amerika.
00:15Dalam pengumuman pada kamis, Ketua Pegawai Kewangan Syarikat itu, Khaled Kress, dilantik sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif berkuatkuasa serta merta.
00:26Pengurusi Lembaga Pengarah NVIDIA Harvey Jones memaklumkan lembaga pengarah mempunyai keyakinan penuh terhadap Kress serta barisan keperginan sedia ada bagi
00:35memastikan operasi syarikat dan komitmen pelanggan diteruskan tanpa gangguan.
00:40Kejatuhan mendadak tokoh berusia 63 tahun itu berlaku susulan siri pendedahan mengenai hubungan sulitnya dengan seorang ahli perniagaan wanita Alice
00:49Wang yang didakwa komuniti perisikan Amerika Syarikat sebagai perisik Cina.
00:53Pada ahad lalu, Wang memohon maaf kerana berlaku curang terhadap istrinya, manakala pada Rabu, The New York Times melaporkan beliau
01:01turut menjalinkan satu lagi hubungan sulit dengan naik Presiden Penjagaan Kesihatan NVIDIA, Kimberly Powell.
01:07Walaupun Huang menafikan dawaan mengkompromi keselamatan negara atau rahsia syarikat, kes itu mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan syarikat berpangkalan di Singapura
01:18dan Malaysia memintas kawalan eksport cip Amerika Syarikat.
01:21Kejatuhan Huang turut memberi tumpuan kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang berpunyai hubungan rapat dengan beliau sebagai suara utama
01:29dalam dasar AI Washington serta usaha melobi eksport cip ke Cina.
01:34Sejak pelancaran ChatGPT pada akhir 2022, saham NVIDIA meningkat kira-kira 14 kali ganda dan menjadikan Huang ikon global industri
01:43AI yang membekalkan teknologi serta pembiayaan kepada ratusan syarikat pemula.
01:48Terima kasih telah menonton!