Skip to playerSkip to main content
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat Melaka menggunakan kuasa undi pada PRN Melaka ke-16 untuk menolak politik yang memperalatkan agama dan mempertahankan amalan rasuah.

#PRNMelaka #MelakaMemilih

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat Melaka menggunakan kuasa undi mereka pada pilihan raya negeri PRM Melaka bagi
00:07menolak politik yang memperalatkan agama dan mempertahankan amalan rasuah.
00:11Menurut si kenyataan di media sosial, Anwar berkata pengundi mempunyai peluang untuk menyampaikan mesej yang jelas mengenai hala tuju politik
00:20negara.
00:24Anwar berkata beberapa hari kebelakangan ini rakyat telah menjadi saksi wajah sebenar sebuah penyatuan.
00:30Tambah beliau, demi undi dan kuasa, mereka tergamak menunggang agama dengan mengeluarkan fatwa menghalalkan sokongan kepada perasuah, mendajalkan lawan hinggalah
00:38menyamakan pilihan undi dengan kewajiban wudhu.
00:41Menurut beliau, rakyat perlu menolak pihak yang menggunakan sentimen agama untuk kepentingan politik serta mereka yang mempertahankan individu yang terpalit
00:47dengan rasuah.
00:48Dalam hal ini, beliau turut menyeru rakyat Melaka menolak penunggang agama dan mereka yang bersembunyi di sebalik topeng membela kaum
00:55tetapi hakikatnya menjulang perasuah.
00:57Anwar turut menegaskan bahawa budaya bertolak ansur terhadap rasuah telah lama memberi kesan buruk kepada negara dan perlu dihentikan menerusi
01:04proses demokrasi.

Recommended