Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Iran menegaskan akan memberi tindak balas tegas sekiranya AS atau Israel melancarkan serangan baharu. Kenyataan itu disuarakan wakil Tehran pada mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai situasi Asia Barat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Iran pada Jumaat menuduh Amerika Syarikat melancarkan perang pencerobohan yang menyalahi undang-undang terhadap Teheran.
00:06Republik itu memberi amaran akan bertindak balas serta-merta dan tegas sekiranya Washington atau Israel melancarkan semula serangan ketenteraan.
00:14Kenyataan keras itu disuarakan timbalan wakil tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, Golam Hussein Darzi, ketika mesyuarat Majlis
00:22Keselamatan PBB mengenai situasi di Asia Barat.
00:27Beliau menuduh negara-negara Barat memutabelikan fakta dan mengabaikan punca sebenar ketegangan di rantau berkenaan.
00:33Darzi berkata Iran menyertai mesyuarat itu bagi menjelaskan asal-usul konflik sambil mendakwa beberapa anggota Majlis Keselamatan khususnya wakil negara
00:41Barat menggambarkan pihak yang melakukan pencerobohan sebagai mangsa.
00:45Beliau menyifatkan pendirian beberapa anggota Majlis itu sebagai mencerminkan amalan dui standar dan sikap hipokrit yang ketara.
00:52Mengulas kenyataan wakil Amerika, Darzi berkata Washington tidak mempunyai asas undang-undang, politik maupun moral untuk menasihati atau menuduh Iran.
01:00Beliau turut menuduh Washington melancarkan perang tanpa alasan terhadap Iran sekaligus melanggar pihak Pertubuhan PBB dan prinsip asas undang-undang
01:07antarabangsa.
01:08Darzi juga mendakwa Amerika mencabuli kedaulatan dan keutuhan wilayah Iran, mengebom infrastruktur awam, mengancam untuk menghapuskan penduduk negara itu serta
01:17menggunakan sekatan ketenteraan dan maritim.
01:19Diplomat Iran itu menegaskan bahawa tiada resolusi Majlis Keselamatan PBB boleh menafikan hak asasi sesebuah negara anggota untuk mempertahankan diri
01:28daripada serangan bersenjata.

Recommended