00:00Kadar keluar mengundi bagi pilihan raya negeri PRN Melaka ke-16 mencatatkan 31.07% setakat jam 11.30 pagi
00:09Sabtu dengan kadar penyertaan mengundi wanita mendahului lelaki.
00:13Pengurusi Suranjaya Pilihan Raya SPR, Datuk Seri Ramlan Harun menyifatkan perkembangan awal itu sebagai memerangsangkan.
00:19Beliau optimis, kadar keluar mengundi keseluruhan mampu mencecah antara 70 hingga 75%.
00:24Bercakap selepas meninjau pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Malim, beliau berkata SPR menerima data kehadiran pengundi secara masa
00:32nyata termasuk pecahan mengikut jantina dan kategori orang kurang upaya OKU.
00:37Menurut Ramlan, kadar keluar mengundi dalam kalangan wanita mencecah 31%. Lebih 7,000 pengundi berdaftar dalam kategori OKU juga sudah
00:45menunaikan tanggungjawab mereka.
00:47Beliau menggesa pengundi yang belum keluar supaya tidak menunggu hingga lewat petang berikutan ramalan hujan.
00:53Kesemua 240 pusat mengundi yang dibuka sejak jam 8 pagi di jadual ditutup pada jam 6 petang.
01:00Sementara itu, keputusan pertama dijangka diumumkan selewat-lewatnya jam 9.30 minit malam,
01:05manakala keputusan bagi kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri dijangka diketahui sebelum tengah malam.
01:11Undi akan dikira di pusat mengundi sebelum keputusan disalurkan ke pusat perjumlahan undi bagi setiap kerusi dan seterusnya kepada urus
01:19setia SPR di Wisma Persekutuan Air Keru.