Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Joint List memberi bayangan sedang mengadakan rundingan tidak rasmi dengan blok pembangkang Israel, sambil mengemukakan tuntutan berkaitan pemansuhan Undang-Undang Kaminitz, pelan menangani keganasan dan jenayah serta pembangunan ekonomi masyarakat Arab.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pakatan Arab Joint List memberi bayangan untuk mengadakan rundingan tidak rasmi dengan blok pembangkang Israel
00:05bagi menentukan sokongan ahli parlimen mereka terhadap carangan yang dibawa pembangkang di Nasser.
00:11Menurut Ketua Yusuf Jabarin, Pakatan itu turut mengemukakan beberapa tuntutan termasuk pemansohan undang-undang berkaitan perubahan rumah,
00:19pelan menangani keganasan dan jenayah serta peruntukan ekonomi bagi membangunkan kawasan penduduk Arab.
00:30Joint List memaklumkan hubungan tidak rasmi itu melibatkan perbincangan mengenai sokongan ahli parlimen mereka terhadap beberapa carangan pembangkang.
00:37Antara perkara yang dibincangkan termasuk pemilihan yang dipertua Knesset, pemansuhan undang-undang berkaitan rombakan kehakiman serta pembentukan jawatan kuasa parlimen
00:46baru.
00:47Joint List turut menuntut pemansuhan undang-undang Kaminis yang memudahkan perubahan rumah di samping pelaksanaan pelan menyeluruh bagi menangani keganasan
00:55dan jenayah.
00:56Selain itu, pakatan itu juga mahu pelan ekonomi lima tahun diperkenalkan bagi membangunkan bandar-bandar Arab termasuk perentukan bajet pembangunan,
01:05peluang pekerjaan baru, pembangunan kawasan perindustrian dan projek perumahan untuk pasangan muda.
01:11Dalam pada itu, Joint List juga mahukan satu jawatan kuasa parlimen khusus ditubuhkan bagi memantau pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat
01:19Arab dengan kepimpinan jawatan kuasa itu diberikan kepada pakatan berkenaan.
01:24Blok pembangkang Israel yang dikenali sebagai blok perubahan mempunyai 48 daripada 120 kerusi Knesset,
01:31manakala Joint List menguasai 11 kerusi dan United Arab List pula 8 kerusi.
01:36Perkembangan itu menyusul selepas Presiden Israel Isaac Herzog memberi mandat kepada Ketua Parti Yasha Gadi Aizenkot pada 8 November untuk
01:44membentuk kerajaan baru
01:45selepas blok Benjamin Netanyahu gagal memperoleh majoriti dalam pilihan raya 27 Oktober lalu.
01:51Aizenkot diberi tempoh 28 hari sehingga 6 Disember dengan kemungkinan lanjutan 14 hari bagi mendapatkan sokongan majoriti parlimen.
02:01Terima kasih.
02:03Terima kasih.
02:04Terima kasih.
02:05Terima kasih.

Recommended