Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Jabatan Penjara Malaysia menjelaskan pergerakan Datuk Seri Najib Tun Razak di luar kediamannya melibatkan rawatan kesihatan di HKL, solat Jumaat, pengajian al-Quran dan sesi kaunseling mengikut syarat tahanan rumah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Penjara Malaysia menjelaskan pergerakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di luar kediamannya pada jemaat dibuat bagi
00:07tujuan rawatan kesihatan, ibadah dan program pemulihan yang ditetapkan.
00:12Menurut kehidupan Jabatan itu, pergerakan Najib berlangsung dari jam 10.25 pagi hingga 6.25 petang mengikut syarat tahanan rumah
00:20dan prosedur operasi standar yang berkuat kuasa.
00:26Beliau terlebih dahulu menghadiri pemeriksaan kesihatan dan rawatan sesulan di Jabatan Ortopedik Hospital Kuala Lumpur.
00:33Najib kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Penjara Kajang sebelum mengikuti sesi pengajian Al-Quran bersama Ustaz dari Jabatan Kemajuan
00:41Islam Malaysia atau JAKIM.
00:43Beliau turut menghadiri sesi kaunseling bersama pegawai psikologi sebagai sebahagian daripada program pemulihan dan intervensi.
00:50Setelah selesai, semua urusan tersebut beliau telah dibawa pulang dari Penjara Kajang pada 5.50 petang dan sampai ke rumah
00:57di Jalan Langgak Duta pada 6.25 petang.
01:00Jabatan Penjara Malaysia menegaskan bahawa semua pergerakan tersebut dilaksanakan mengikut urusan yang dibenarkan serta berada di bawah kawalan dan seliaan
01:08pihak Jabatan.
01:09Menurut Jabatan itu, rawatan kesihatan, aktiviti keagamaan serta program pemulihan merupakan antara komponen penting dalam pengurusan individu yang sedang menjalani
01:18hukuman.
01:19Media sebelum ini melaporkan Najib meninggalkan kediamannya pada sebelah pagi sebelum kembali semula pada lewat petang sekaligus menimbulkan persoalan mengenai
01:28tujuan pergerakannya di luar kediaman.
01:30Jabatan Penjara Malaysia menegaskan akan terus memastikan semua urusan berkaitan dilaksanakan secara profesional dan mematuhi segala peruntukan yang berkuat kuasa.

Recommended