Skip to playerSkip to main content
  • 20 minutes ago
CENTCOM menafikan dakwaan Iran bahawa kemudahan radar amaran awal AS di Bahrain dimusnahkan, sambil memaklumkan dua dron Iran yang menuju ke negara itu berjaya dipintas tanpa kecederaan atau kerosakan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Komando Pusat Amerika Syarikat Senkom menafikan dawaan Iran bahawa pasukannya berjaya menyerang dan memusnahkan kemudahan radar amaran awal milik Amerika
00:09Syarikat di Bahrain.
00:10Menurut Senkom, dua drone serangan sahala yang dilancarkan Iran ke arah Bahrain berjaya dipintas dan dimusnahkan pasukan Amerika Syarikat tanpa
00:19menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan.
00:25Dalam kenyataan di PlatformX pada Jumaat, Senkom menifatkan dawaan Korp Pengawal Revolusi Islam Iran IRGC sebagai tidak benar.
00:33IRGC sebelum itu mendakwa berjaya menyasarkan dan memusnahkan kemudahan radar amaran awal Amerika Syarikat di Bahrain.
00:41Kumpulan itu mendakwa serangan berkenaan dilancarkan sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas sebuah menara telekomunikasi di wilayah Sirik, Selatan
00:49Iran.
00:49Agensi Berita Rasmi Iran IRNA memetik IRGC sebagai memberi amaran kepada pihak yang didakwa sebagai pencetuh serangan supaya menghentikan provokasi
01:00udara dan aktiviti penyeludupan minyak di Selat Hormuz.
01:04IRGC turut menegaskan pasukan ketenteraannya berada dalam keadaan sedia sepenuhnya untuk bertindak tanpa had sekiranya pelanggaran dan tindakan agresif berterusan.
01:13Sebelum itu IRNA melaporkan wilayah Sirik menjadi sasaran serangan yang disifatkan sebagai serangan musuh pada Kamis malam.
01:21Ketegangan itu berlaku susulan perang yang dilancarkan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran pada 28 Februari sehingga mencetuskan serangan balas
01:30Tehran menerusi peluru berpandu dan drone di beberapa kawasan rantau ini.
01:34Iran turut menutup Selat Hormuz laluan penting bagi bekalan tenaga global, memorandum bersefahaman yang ditandatangani pada Jun bagi membuka jalan
01:43ke arah perjanjian damai mutamat bagi menamatkan konflik itu bagaipun gagal diteruskan susulan pertelingkahan termasuk berhubung isu pelayaran di Selat
01:53Hormuz.
01:53Terima kasih telah menonton!

Recommended