Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Angkatan Laut IRGC mendakwa dua kapal tangki minyak terkena periuk api laut dan terbakar ketika cuba melalui laluan tanpa kebenaran di Selat Hormuz, sekali gus memberi amaran kepada syarikat perkapalan supaya menyelaras perjalanan dengan pusat kawalan maritimnya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, dua kapal tangki minyak dilaporkan terbakar selepas dipercayai terkena periuk api laut ketika cuba melalui laluan tanpa kebenaran di
00:08Selat Hormuz.
00:09Menurut Angkatan Laut Korp Pengawal Revolusi Islam Iran, IRGC, kedua-dua kapal itu cuba melintasi perairan berkenaan tanpa dikesan dengan
00:17sistem radar dimatikan.
00:22Pejabat Perhubungan Awam Angkatan Laut IRGC memaklumkan salah sebuah kapal terbabit merupakan kapal tangki minyak besar sangat besar.
00:31Menurut kenyataan itu, kebakaran pada kapal berkenaan begitu besar sehingga cahayanya menerangi pantai selatan Selat Hormuz.
00:37Angkatan Laut IRGC turut memberi amaran kepada pemilik kapal dan syarikat pekapalan supaya tidak melalui laluan strategi itu tanpa berkoordinasi
00:45dengan Pusat Kawalan Trafik Meritimnya.
00:48Pengumuman itu menyusuli laporan letupan di bandar pelabuhan JAS Selatan Iran yang terletak di timur Selat Hormuz.
00:55Agensi Berita Rasmi Iran IRNA memetik sumber tempatan sebagai melaporkan tiada kesan serangan dilaporkan di bandar itu mahupun di kawasan
01:04lain di wilayah Hormuzgan.
01:06Pada Khamis, IRNA turut melaporkan serangan yang disifatkan sebagai serangan musuh di bandar sirik Selatan Iran.
01:12IRGC kemudiannya mendakwa pemusnahkan radar amaran awal milik Amerika Syarikat di Bahrain sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas menara
01:20telekomunikasi di Sirik.
01:22Bagaimanapun, Komando Pusat Amerika Syarikat Sengkom menafikan dawaan itu dan memaklumkan dua drone serangan Iran yang menuju ke Bahrain berjaya
01:30dipintas tanpa sebarang kecederaan atau kerusakan.
01:34Selat Hormuz menghubungkan teluk dengan teluk Oman dan menjadi laluan penting bagi penghantaran minyak antarabangsa.
01:40Terima kasih telah menonton!

Recommended