00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka mengadakan pertemuan tiga hala bersejarah bersama Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden China Xi
00:09Jinping di luar sidang kemuncak kerjasama ekonomi Asia Pasifik di Shenzhen, China minggu depan.
00:15Jurucakap White House Olivia Wills berkata pertemuan itu akan berlangsung ketika Trump menghadiri sidang kemuncak IPEC yang menghimpunkan 21 negara
00:24anggota di bandaraya selatan China itu.
00:29Wills menjelaskan antara topik utama yang akan dibincangkan ialah usaha mengurangkan senjata nuklear di peringkat global.
00:37Selain itu, isu Iran turut berkemungkinan dibangkitkan dalam pertemuan yang melibatkan tiga kuasa nuklear terbesar dunia itu.
00:44Namun, konflik di Ukraine dijangka tidak menjadi agenda perbincangan.
00:49Setakat ini, Moskow dan Beijing belum mengulas mengenai pengumuman berkenaan.
00:54Difahamkan, tiada sebarang perjanjian dijangka dimuktamadkan hasil pertemuan itu yang dilihat lebih tertumpu kepada pertukaran pandangan strategik.
01:04Trump dijadual tiba di Shenzhen pada lewat Rabu bagi menghadiri sidang kemuncak selama dua hari itu.
01:09Terima kasih telah menonton!