Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Berikut adalah info berkenaan dengan jam-jam terakhir sebelum pusat pengundian ditutup.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ok, Luqman dah tunjuk dah.
00:01Luqman dah tunjuk.
00:02Luqman, apa data yang Luqman nak kongsikan bersama kami?
00:05Luqman, Zul ada benda nak tanya?
00:06Bukan saya, saya nak tanya.
00:08Datuk pun nak tanya.
00:09Tadi kita tengok montaj Luqman di atas laut.
00:14Luqman, soalan kami ialah, Luqman adalah hang apa kat situ?
00:18Hang tua, hang jebat?
00:20Hang lug atau hang man?
00:22Teruskan Luqman jawapannya.
00:23Yang penting bukan hang dun.
00:26Zul dan juga Syaf.
00:27Saya tak jangka kita akan saksikan hang dun pada kali ini.
00:30Tapi menarik Datuk tanya Tuan tadi.
00:31Sebab saya selalu juga sembang dengan Prof Datuk.
00:34Kadang-kadang kami tak setuju banyak perkara.
00:36Beliau adalah minat Manchester United.
00:38Saya minat pasukan lain.
00:39Tapi tak apa, itu kita offline.
00:41Tapi apa yang menarik adalah Prof Shahzah sebut Tuan tadi betul.
00:45Percaturan perkiraan itu juga penting.
00:47Kita sering berkongsikan pelbagai data.
00:49Setiap kali pilihan raya sama ada di peringkat negeri,
00:51peringkat kebangsaan, malah PRK sekalipun.
00:54Tetapi nuansa itu banyak.
00:56Lapisan-lapisan data yang sukar untuk kita ukur itu banyak.
00:59Jadi banyak perkiraan, banyak percaturan.
01:01Malah disebabkan itulah kita berada di set Maya Dam Haji di bawah ini.
01:05Yang saya terangkan sebentar tadi.
01:07Dam Haji juga menggambarkan perkiraan,
01:09percaturan setiap parti politik untuk menambat hati dan juga minda pengundi.
01:12Dan setakat ini, secara keseluruhan peratusan pengundi itu agak merangsangkan.
01:15Mungkin lebih daripada yang ramai jangkakan.
01:18Serkam itu menarik.
01:19Kerana serkam adalah yang tertinggi setakat ini.
01:20dan serkam seperti yang kita kongsikan sustan tadi.
01:22Pada PRN yang lalu adalah don yang dimenangi dengan majoriti yang paling tipis.
01:2779 undi sahaja.
01:29Jadi ia berbalik kepada pengundi turun ke tidak.
01:31Dan apa prioriti mereka untuk menentukan hala tuju setiap kerusi.
01:35Sudah tentu kita ada naratif dan kita ada perbincangan atau andayan
01:38berkenaan dengan setiap kerusi ini cenderung ke sini.
01:40Cenderung ke sana.
01:41Kerusi ini banyak pengundi Melayu.
01:43Pengundi bukan Melayu dan sebagainya.
01:44Dan sudah tentu antara perkara yang kita bincangkan juga adalah apa impak kerjasama antara Barisan Nasional dan PAS.
01:51PN dan juga Pakatan Harapan dan juga Bersatu.
01:54Bagaimana ia akan mencorak sentimen pengundi dalam PRN yang kali ini.
01:58Ini satu lagi data yang saya ingin tawarkan.
02:00Yang menarik untuk kalau kita lihat.
02:02Sebenarnya tadi kalau kita lihat.
02:04Kalau kita ambil cerapan keputusan PRU pada 2022 di kerusi Parlimen Melaka
02:10dan kita taburkan atau kita tabulasikan mengikut DON
02:13ia memberikan satu gambaran yang berbeza.
02:16Begitu juga data ini.
02:17Kalau kita lihat kumpulan atau parti yang mendominasi pada PRN 2021.
02:23Apa maksudnya dominasi?
02:24Kita ambil takrifan dominasi itu sebagai
02:26kalau kita gabungkan jumlah undi yang diperoleh oleh kedua-dua pihak ini
02:30dalam kes ini Pakatan Harapan dan juga Bersatu
02:34gabungan undi mereka melebihi 50% daripada keseluruhan undi
02:38di kerusi itu pada PRN tersebut.
02:41Jadi N22 Bandar Hilir menyaksikan dominasi yang paling tinggi
02:44paling besar oleh PH dan juga Bersatu
02:46kalau kita secara hypotheticalnya gabungkan sokongan yang mereka peroleh pada tahun 2021
02:50lebih 81% daripada undi diperoleh oleh calon Pakatan Harapan dan juga Bersatu
02:56pada tahun 2021.
02:58Dan setiap yang kita saksikan di bawah ini anda boleh lihat sendiri
03:00di Kota Lak Semana.
03:00Kita bercalan secara langsung semalam dari sana.
03:02Kota Lak Semana kerusi yang dianggap kerusi kubu kuat juga Pakatan Harapan
03:05pada 2021 lebih 80% undi
03:07kalau kita campurkan dengan undi yang diperoleh oleh Parti Perimewi Bersatu Malaysia
03:11pada PRN 2021.
03:13Begitu juga dengan Kesidang.
03:14Jauh berbeza dengan dua kerusi teratas
03:16tapi juga agak signifikan.
03:17Kira-kira 66% di Kesidang.
03:20Kemudian Bemban, Pantai Kundo, Air Kroh masing-masing 60%.
03:24Gabungan undi yang diperoleh oleh PH dan juga Bersatu.
03:27Paya Rumput, Gadik 59.1% dan 58.7% masing-masing.
03:33Selebihnya seperti yang kita dapat lihat di sini
03:34di Rimbir, Rembiah, di Sungai Udang.
03:36Kerusi yang begitu ramai tentera.
03:38Di Teluk Mas, di Rim.
03:40Kerusi yang juga menyaksikan seorang calon agak prominent,
03:43heavyweight.
03:44Barisan Nasional, Datuk Dira Abu Zahar.
03:46Tanjung Bidara.
03:47Sudah tentu Datuk Sri Raof.
03:48Dua-dua kerusi ini, kalau secara data dan secara teknikal
03:51atas kertasnya, kalau kita gabungkan
03:53kedua-dua kumpulan ini,
03:55mereka melepasi lebih 50% sokongan
03:57lima tahun lepas.
03:59Okey, kita lihat.
03:59Di sini pula, untuk Barisan Nasional dan juga PAS,
04:02mereka mendominasi di 12 kerusi.
04:04Pakatan Harapan setelah tadi, berapa?
04:0515 kerusi.
04:06BN dan juga PAS,
04:08mendominasi di 12 kerusi.
04:10Bermula dengan, sekali lagi,
04:11Serkam.
04:12Satu dun yang banyak kita sebut sejak tadi.
04:14Serkam, kalau kita gabungkan undian yang diperoleh oleh
04:16Barisan Nasional dan juga PAS pada 2021,
04:19ia mencecah 86% tabuh naning.
04:23Tidak jauh di belakang, 81.5%
04:26kalau kita gabungkan sokongan untuk biru dan juga hijau
04:28lima tahun lepas.
04:30Kemudian Merlimau, kerusi panas juga,
04:32Dr. Akmal, 75.3%.
04:34Ini juga tidak mengejutkan.
04:35Kerusi ini agak kerusi kuat untuk BN.
04:37Kuala Linggi, Kelebang, Durian, Tunggal,
04:39masing-masing 60 lebih peratus.
04:40Kuala Linggi, hampir 75%.
04:42Duyung, 61.9%.
04:44Juga YB yang agak prominent di situ,
04:46disebut oleh Dato' Siva tadi, YB Helmy,
04:48yang agak prominent dan terkedepat
04:50di media sosial dan sebagainya.
04:52Dan dikatakan sangat akrab dengan orang muda di sana.
04:54Bukit Katil, 57.8%.
04:57Bukit Katil juga kita menyaksikan.
04:59Ini adalah kerusi yang sering diharapkan
05:02ataupun kerusi Pakatan Harapan
05:04sentiasa harap mereka akan menang.
05:06Tapi kalau kita gabung BN dan juga PAS di sini
05:08lima tahun lepas, jumlah undian mereka peroleh
05:11lebih separuh.
05:1257.8%.
05:13Jadi agak dominant kalau kita gabungkan kedua-duanya.
05:16Dan selebihnya sudah tentu
05:17Asahan dan dua air.
05:18Air Limau dan juga air Molek.
05:20Jadi sekali lagi kita
05:23apungkan satu persoalan.
05:25Kita tawarkan satu perspektif berbeza.
05:28Ramai yang andaikan BN dan juga Perikatan Nasional
05:30agak dominant dalam PRN kali ini.
05:31Dan saya tidak menyalahkan mereka.
05:33Itu munasabah.
05:34Khasnya kalau kita lihat rekod Barisan Nasional di Melaka,
05:37kita lihat dua PRN yang lepas di Johor dan juga Negeri Sembilan.
05:39Tapi seperti data yang kita kongsikan sebelum ini,
05:42adakah data ini mungkin memberikan sedikit perspektif berbeza?
05:46Sedikit walaupun tidak banyak keraguan bahawa mungkin PRN ini mungkin tidak
05:50straightforward seperti yang kita andaikan.
05:52Dan mungkin percaturan antara Pakatan Harapan dan juga Bersatu
05:56akan meningkatkan juga kekuatan mereka dengan agak signifikan dalam PRN pada kali ini.
06:02Tetapi banyak faktor lain yang kita boleh ambil kira seperti kehadiran pengundi muda
06:07yang tidak diambil kira dalam data pada lima tahun lepas ini.
06:11Kehadiran parti bersama yang banyak menyasarkan pengundi-pengundi muda
06:15dan mungkin akan berlaku pecahan undi di kursi-kursi yang secara tradisionalnya Pakatan Harapan kuat.
06:19Itu saya serahkan kepada Zul dan juga kepada Syaf dan juga kepada pakar kita
06:24untuk kita dissect, untuk kita kupas apa yang kita boleh tarik dan kita boleh cerap
06:29daripada undi ini untuk PRN 2026.

Recommended