Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Microsoft memaklumkan gangguan perkhidmatan berskala besar berpunca daripada masalah teknikal ketika naik taraf rangkaian, bukan serangan siber atau AI. Pemulihan diteruskan bagi memastikan semua pelanggan kembali mendapat akses penuh.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Microsoft mengesahkan gangguan perkhidmatan berskala besar yang menjejaskan platformnya berpunca daripada masalah teknikal dan tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti serangan
00:09cyber, kecedasan buatan AI atau agent AI.
00:12Syarikat teknologi itu dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan gangguan berkenaan berpunca daripada masalah asas yang diperkenalkan ketika kerja menaik
00:20taraf kapasiti rangkaian sebelum ini sebelum tercetus susulan perubahan rangkaian terbaru.
00:30Microsoft berkata masalah itu telah diselesaikan dengan sebagian besar perkhidmatannya kembali pulih dan beroperasi secara stabil.
00:36Bagaimanapun, usaha pemulihan masih diteruskan bagi memastikan semua pelanggan dan wilayah yang terjejas kembali mendapat akses sepenuhnya.
00:43Syarikat itu terut memohon maaf kepada pelanggan serta rakan niaga atas gangguan yang menjejaskan operasi mereka.
00:49Menurut Microsoft, pihaknya memahami kepercayaan yang diberikan kepada pengguna terhadap perkhidmatannya dan memandang serius tanggungjawab berkenaan.
00:56Syarikat itu berkata pemulihan dilakukan secara berperingkat berikutan skala permintaan yang tinggi dengan kesetabilan perkhidmatan disahkan pada setiap peringkat sebelum
01:05akses dipulihkan sepenuhnya.
01:08Walaupun proses itu mengambil masa lebih lama, pendekatan berkenaan penting bagi memastikan perkhidmatan kembali beroperasi secara stabil.
01:15Microsoft turut berjanji menerbitkan laporan lengkap selepas insiden sebaik siasatan dalaman selesai.

Recommended