Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Presiden Perancis Emmanuel Macron akan memberi tumpuan kepada bekalan unsur nadir bumi semasa lawatan ke Malaysia bagi mengurangkan risiko gangguan rantaian bekalan dan memperkukuh kerjasama ekonomi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali, lawatan Presiden Perancis Emmanuel Macron ke Malaysia yang dijadwalkan berlangsung dalam masa terdekat akan menumpukan antara lain kepada
00:08usaha mempelbagaikan sumber bekala unsur nadir bumi Perancis yang penting bagi pembuatan motor elektrik serta peranti elektronik.
00:16Menurut sejantaran di platform Media Social X pada Sabtu, Macron berkata lawatannya ke Kemboja dan Malaysia bertujuan memperkukuh perkongsian ekonomi
00:24serta melindungi pekerjaan dan industri di Perancis serta di seluruh wilayahnya.
00:31Jelas Macron, lawatan ke Malaysia adalah khusus untuk mempelbagaikan bekala unsur nadir bumi negaranya.
00:38Macron berkata jaminan pelbagai sumber bekalan akan membantu pengeluar Perancis mengurangkan kerentanan terhadap gangguan rantaian bekalan.
00:46Beliau menegaskan bahawa perkongsian antarabangsa yang lebih kukuh adalah penting bagi memastikan daya tahan ekonomi dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber
00:56bahan kritikal yang terhad.
00:58Lawatan Macron ke Malaysia pada 16 dan 17 November ini adalah susulan lawatan negara ke Kemboja dan menandakan lawatan pertamanya
01:06ke Malaysia sejak tahun 2017.
01:08Macron maklumkan bahawa di Kemboja, beliau akan diiringi pemimpin perniagaan bagi meneroka pasaran baharu dengan memanfaatkan komuniti berbahasa Perancis dan
01:18hubungan ekonomi sedia ada.
01:20Beliau turut mengetengahkan peluang untuk kepakaran Perancis menyumbang kepada pembangunan Kemboja dengan merujuk kepada minat negara itu untuk memanfaatkan pengalaman
01:29runggis international market
01:31iaitu pasar borong hasil segar terbesar di dunia bagi membangunkan kemudahan pasar borongnya sendiri.
01:37Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended